tag:blogger.com,1999:blog-51029506085976455002024-03-04T22:18:29.402-08:00hello? ok, tata!khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.comBlogger14125tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-51042397845424047642012-07-29T03:55:00.000-07:002012-07-29T03:55:43.503-07:00Kuih Tepung Pelita Daun Pandan

Bangun-bangun tidur rasa seronok bila terfikirkan air tebu
sejuk dan kuih tepung pelita gebu. Mandi dan terus ke pasar ramadhan tanpa
melihat jam yang ketika itu baru jam 3.30 petang.<o:p></o:p>

Jadi kuih tepung pelita daun pandan ni merupakan kuih wajib
ada atas meja untuk setiap tahun ramadhan. Pencuci mulut atau pembuka selera
paling agung setakat ini.<o:p></o:p>

Jadi Kak Long yang dekat rumah atau ofis tu cara untuk
membuatnya ialah begini…<o:p></o:p>

Mula-mula kita buat kelongsong tepung pelita menggunakan
daun pandan. Kemudian satukan tepung
beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan,
masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat. <o:p></o:p>

Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam kelongsong
daun pandan dan biarkan seketika.

Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di
campur dengan tepung beras dan garam secukup rasa, kacau sebati dan tapiskan.
Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah santan menjadi pekat,
curahkan ke atas lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk dalam peti ais. Hidangkan!<o:p></o:p>

Cubalah Kak Long!<o:p></o:p>

Yang rajin boleh cuba, yang malas jom pergi pasar ramadhan,
petang tu ada cerita. Lampu di tutup, tirai dibuka…<o:p></o:p>

Sedang mata aku seronok melihat makcik kuih lancar menyusun
atur kuih-kuih pelita ke dalam plastik bag, tiba-tiba hidung aku menangkap
bauan vanilla yang di sebatikan dengan kayu manis. Sungguh sedap baunya hingga layak
untuk di telan berkali-kali. <o:p></o:p>

“Memang power makcik ni, invensi tepung pelita dengan bauan
vanilla kayu manis”, kata hati kanan ku. <o:p></o:p>

“Tapi takkan lah, ni macam ada bau shampoo rambut”, balas
hati kanan ku pula. <o:p></o:p>

Demi meleraikan
perkelahian hati kanan dan hati kiri, bola mataku segera ku larikan kekanan dan
kekiri memerhati lantas mencari. <o:p></o:p>

Nah. Berdiri di kiri setinggi ketiak ku, terletak cantik
awek jambu berambutkan ikal mayang, berkulitkan kuning langsat dan badan
berperisakan vanilla kayu manis. <o:p></o:p>

Untuk seketika aku berada di luar perasaan.<o:p></o:p>

Gadis yang berbajukan ‘KISS’ ini bagai mengundang seribu
macam pandangan warga pasar ramadhan petang itu. Ayam yang selama ini bergolek
atas bara api kali ini seakan bergelek suka ria. Murtabak ayam yang selama ini
berbentuk segi empat kali ini seakan membentuk bentuk hati cinta. <o:p></o:p>

Semuanya menikmati, semuanya jatuh hati. <o:p></o:p>

“Sayang nak beli
berapa ringgit?”<o:p></o:p>

Demi tuhan itu suara jantan terpaling jantan pernah telinga
jantan aku tangkap. <o:p></o:p>

Nah. Berdiri di kiri setinggi kepala Gadis KISS, terletak bosan
pakwe biasa-biasa berambutkan mat despatch, berkulitkan tipikal melayu dan
badan berperisakan tiada perisa.<o:p></o:p>

Untuk seketika aku berada di dalam pusaran.<o:p></o:p>

Jejaka yang berjersikan Arsenal era Ljunberg ini bagai
mengundang seribu macam pandangan warga pasar ramadhan petang itu. Ayam yang
sebelum ini bergelek suka ria di atas bara api kali ini kembali bergolek lesu.
Murtabak ayam yang sebelum ini membentuk bentuk hati cinta kali ini kembali
berbentuk segi empat hambar.<o:p></o:p>

Semuanya termati, semuanya mati hati.<o:p></o:p>

“Awak tipu saya
Kamal!”<o:p></o:p>

Nah. Berdiri tidak jauh dari Kamal Ljunberg, terletak
menarik seorang gadis berambutkan lurus pendek bahu, berkulitkan hitam manis
yang bila di pandang tak jemu dan badan
berperisakan tiada perisa. <o:p></o:p>

Untuk seketika aku berada di dalam gelanggang tomoi.<o:p></o:p>

Gadis yang berbajukan cotton biru laut ini bagai mengundang
seribu macam pandangan warga pasar ramadhan petang itu. Ayam yang sebelum ini
bergolek lesu kini semakin melajukan golekan paniknya. Murtabak ayam yang
sebelum ini berbentuk segi empat hambar kini melipatkan diri cepat-cepat cemasnya.
<o:p></o:p>

Semuanya menyendiri, semuanya sendiri hati. <o:p></o:p>

Gadis cotton itu terusan menyoal Kamal Ljunberg. Kali ini
namanya di tekan lebih kuat, lebih garang.<o:p></o:p>

“Awak tipu saya KAMAL!!!”<o:p></o:p>

Kemudian terdengar gadis berbaju KISS bersuara.<o:p></o:p>

“B tak bagi tahu lagi ke?”, serak lunak suara. Masa ni muka
Kamal macam tapak seliper Jepun.<o:p></o:p>

Brader roti john aku jeling dah ketuk-ketuk kuali.<o:p></o:p>

“Ombak mai dah, ombak rindu mai dah”<o:p></o:p>

Aku tahan gelak, ambik baki duit, terus angkat kaki. <o:p></o:p>

Yang aku pasti, Kamal Ljunberg akan mati, gerai tepung
pelita jadi saksi, bersemi cinta tiga segi.<o:p></o:p>

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-6437521773282080452011-03-15T20:50:00.000-07:002011-03-15T20:52:26.741-07:00Minyak Dua Puluh, Cinema Nombor Empat...
Pagi hari ini kerja macam semalam. Pagi hari ini Cyberjaya sejuk bergenrekan melankoli pop. Sebab itulah aku...

Tiga puluh minit sebelum jam lapan pagi kereta aku singgah stesen minyak untuk isi minyak kereta. Petronas di lokasi yang rahsia tapi tak jauh dari rumah. Batang signal kereta di tolak ke atas tanda membelok ke kiri. Lalu berhenti kereta di pam minyak. Depan ada Estima putih dengan pemandunya adalah makcik. Lihat dari gaya baru selesai menghantar anak ke sekolah.

Gegas aku ke kaunter minyak. Aku pandang belakang melihat nombor pam. Nombor empat!

Aku: kak, minyak dua puluh, cinema empat...

Kakak kaunter: ohhh *muka pelik dan senyum*

Aku terperasan sesuatu.

Aku: Eh, pam nombor empat lah!

Kakak itu senyum dia aku nampak tersimpul.

Kakak kaunter: Ok, minyak dua puluh, cinema nombor empat, selamat menonton!

Kakak itu senyum lagi.

Aku gerak laju-laju. Mangkuk!

Dan selepas sudah aku isi minyak, aku dapat merasa kakak kaunter itu sedang sakan gelak dengan kawan-kawan kaunter dia.

Kawan-kawan semua, pam minyak dan panggung wayang adalah dua yang berbeza jika ada yang sama pun hanyalah kecomelan kakak kaunter mereka.

<o:p> </o:p>
khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-3665343139910834192011-03-09T06:43:00.000-08:002011-03-09T06:47:23.014-08:00Phra Ong Mahawangsa

Hari semalam yang malam, neon kotaraya yang bercahaya normal seperti malam-malam semalam terlihatlah kereta yang jumlahnya tak terkira dengan salah satu kereta di dalam banyak-banyak kereta itu tersangkutlah aku di sesak jalan raya yang menuju The Curve atau secara tepatnya, Cathay Cineplex e@Curve.

“Mula 9 malam, kita jumpa 8.30 larh”, taip bbm Waney. Aku cuba yang terbaik walau sedar apa sangatlah yang boleh di buat oleh Myvi Biru ni. Di radio aku pasangkan koleksi mp 3 Mando Diao panduan hiburkan hati.

Selesai parkir kereta, aku menelepon Zhaf yang katanya masih dalam perjalanan. Aku naik, keluar dan duduk-duduk di tembok dekat air pancut. Habis basah baju aku terkena air jatuh. Aku naik dan mendapatkan Cornetto Sundae rasa coklet. Bersidai menunggu 2 minit Waney.

Sesudu dua tak terperasan oleh aku sepasang kekasih di sebelah. Mula-mula tak kedengaran apa. Tak lama kaki aku kebas, maka telinga aku terpasang dan tertangkapkan sebaris ayat ini...

“Awak sayang saya tak”, suara merdu berhusky, secara automatisnya itu adalah dari perempuan.

Diam.

“Awak sayang saya takkkkk!”, karektor suara masih sama cuma tonasinya kali ini sedikit mendesak dengan bahagian hujung ayatnya di tekan dan dipanjangkan, dalam 5 harkat kut?

Aku terasa seperti ada muka lelaki yang sedang memerah memandang tepi aku dari ekor matanya. Malu-malu dan aku buat tak tahu.

“Sayangggg”, terdengar suara jantan macho tapi dalam nada perlahan dan kurang konfiden. Aku tahu itu suara lelaki atau dalam bahasa alam cinta, boifren.

Aku terasa dia menoleh lagi. Kali ni aku pandang kepada dia dan senyum. Dia pun senyum tapi cepat-cepat pandang depan. Aku nampak muka perempuan itu masih tak puas hati. Aku tak sempat melayan kesudahan drama itu kerana tiba-tiba Zhaf dan Waney tersengih-sengih ada di depan aku. Ya, 2 minit!

Mereka beli pop corn dan air berkarbonat Sprite juga Strawberi. Masuk panggung. Aku tak berapa fasih nak ulas filem itu. Apa yang dapat aku simpulkan dari Sepuluh markah penuh, aku tolakkan Grafik sebanyak dua markah. Keseluruhannya adalah yang terbaik yang pernah Malaysia hasilkan. Aku paling kagum dengan kostum dan prop filem ini. Gaya bunga bahasanya juga aku suka :D

Tamat filem, kami ke Uptown untuk seisi Lanun dan barli suam. Terima kasih Waney J

<o:p> </o:p>

<o:p> </o:p>

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-4696020964499040562011-03-06T21:12:00.000-08:002011-03-06T21:43:00.951-08:00Fishball mu, Fishball ku jua...
Kota Kinabalu Jangan Malu-Malu

Hujan hampir selesai jatuhkan rintik airnya ketika kaki kami terletak cantik atas Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah. Sejuk belum tahap menggigil tapi reaksi badan aku begitu mendesak supaya cecair putih hangat segera disingkirkan. Tipikal tandas awam, tak bersih sangat, tak wangi sangat.

Selesai aku keluar, dan mereka semua hilang. Macam biasa aku tak akan panik sangat. “Alah takkan la diorang nk tinggal aku”, rileks sekali kata-kata aku. Aku telefon Aizu. Ok, mereka semua sedia naik van tanpa rasa bersalah yang aku tiada. Ok, Hazwan paling bersalah, dapat duit atas tangan, pesan aku terus kau lupakan!

Van 3.0 ini besar tapi punya radio dengan corong pembesar suara yang begitu pemalu, bonus untuk pemandu kerana corong pembesar suaranya memang khas untuk dia. Hanya dia yang mendengar, hanya dia yang boleh melayan.

‘Dia’ itu adalah Afzar, orang yang aktif menyakat tiba tiba menjadi orang yang fokus diam batu. Aku tahu waktu itu kami hanya nampak badan keras dia, kerana cinta hati pengarang jantung penghibur sepinya tertinggal di Semenanjung.

Kami mendaftar masuk ke Api Api Apartment untuk senang senangkan badan. Unit yang strategik kawasannya. Capaian mudah ke kedai makan, 7eleven, bank dan tempat mata segar badan sedap. Tak lama kami turun makan nasi ayam dengan rasa teh yang lain dari semenanjung. Kelat di lidah pekat di kerongkong. Aku belasah milo saja.

'Di Hujung Dunia'

Perut hampir padat bila kami mula gerak ke destinasi seterusnya. Van putih mulanya melanggar lembut rintik hujan mula melanggar kasar. Lewat melintasi pasaraya Giant yang jumlahnya lebih tiga sepanjang jalan keluar Kota Kinabalu.

Tak ada apa yang memberansangkan waktu itu, cuma risau cuaca yang menyambut bila tiba sana. Kondisi jalan raya yang semakin mencabar kredibiliti pemanduan Afzar. Dia fokus ke depan, kami dibelakang gelak bersembang, tak ada topik khas kecuali teka teki luar kepala otak manusia biasa, lebih tepat lagi teka teki tak masuk akal...

Kunci apa berwarna hitam?

Kami terus lemas dalam ketawa, rimas dengan cuaca basah, dengan matahari masih dengan rasa malunya. Van putih terus berlari, meredah banjir mini. Bontot makin pedih, mata makin kuyu, perut makin kosong tapi kami terus berseloka dengan kata kata menguji minda.

Tikus apa dua kaki? Dan itik apa dua kaki?

Menghampiri jam ketiga, cuaca kekal begitu, mendatar. Panas lari kemana, matahari terus malu. Hujan terus tak malu rintikkan airnya. Megah. Jalan terus jalan.

<o:p> </o:p>Kami tiba di Tip of Borneo dan terperasan pakcik dan makcik sepesawat dengan kami tadi. Paling aku cam makcik yang pakai tudung hijau tu sebab dia makan nasi lemak dengan muka penuh asyik syahdu. Aku sedar itu ketika Soul dan Reza berkongsi makan, sedang aku bergelut antara lena dan tidak. Tak pasti apa yang dikongsi, tapi ada iras mee goreng pucat kurang perencah. Sedap kut sebab Reza telan tak toleh kiri kanan.

Dari tempat lindung hujan itu, kami terlihat satu lapangan bulat lengkap dengan replika bumi berwarna gangsa, siap terpacak tiang bendera Malaysia yang di kibar laju oleh angin yang memang tak reti nak perlahan.

Mulanya kami seperti kambing, takut basah hujan, tapi bila mengenangkan 20 tahun sekali pun belum tentu ke situ lagi, kami redah dengan seronok yang amat, bagai teruja ke lingkaran paling luar atom. Berlari ala melompat bagai budak habis pantang sunat. Kami menuruni tangga batu dan dari situ semua mulut auto nganga. Takjub dan terus diam kosong untuk berkata.

Berlari dalam hujan dengan angin yang kuat buat badan tak dapat menahan rasa ingin terkucil. Lanskap indah di situ tambah berwarna dengan elemen cecair tambahan dari kerja badan kami. Tak nampak sangat tapi cukup untuk kami merasa sedapnya. Arghhhhh.

Dari atas tebing batu tinggi seolah kami paling raja di situ, kami saksi ombak hempas gembira, terbang burung riang. Kami di paksa suka menjadi model kamera Aizu. Berlari, berjalan, melompat, juga berdiri patung.

Puas bergambar, kami pulang riang. Zhaf mengambil posisi pemandu. Secara zahirnya dia kelihatan memandu van, tapi batinnya aku yakin dia memandu Silvia. Jangan buat gila. Kami berhak untuk cemas. Hazriana dan Aizu mula membebel. Ajat suka, aku pandang luar layan pokok pokok yang bersorak. Laju lagi laju lagi. Shit!

Sama seperti pergi, balik juga kami bermain permainan minda, gelak ramai ramai, senyap ramai ramai.

Buaya apa atas darat?

Ada juga sesi karaoke spontan, paling ketara vokal Hazriana yang sakan berduet dengan Waney. Kedengaran juga vokal Reza yang malu malu sepenuh hati, terutama ketika lagu Anang –Separuh Jiwaku Pergi, tak pasti kemana separuh jiwanya pergi, yang pasti dia tidak sedar ada cupid sedang memerhati, merencana sesuatu, menyediakan bidadari indah untuk esok harinya...esok harinya...esok harinya... (bergema)

Perut yang tadinya terkecut, mula ukir senyum saat van berhenti di medan selera. Kami pesan sehabis gila makanan laut. Dari yang di rebus hinggalah yang di goreng tepung. Paling asyik sup bebola ikan. Alahai...

Aku aneh. Sejak mula kaki pijak di bumi Sabah ini, bebola ikanlah yang bermain di tekakku. Sungguh, gigiku tak sabar membelah lembut isi ikan tepung, sementara lidah tak tertahan menahan kenyal gebu bebola ikan itu.

Kakak Kaunter Pulau Manukan

Bangun pagi itu cuaca masih mendatar, namun ada matahari mula mengintai. Hujan hampir tiada. Kami berjalan dari tempat tido ke tempat bot untuk destinasi seterusnya Pulau Manukan. Reza sempat berganti selipernya yang putus. Kami bergerak dan bergambar sesedap rasa. Satu ketika terasa seperti diva bila di ekor rapat peminat rahsia yang bermimpikan kami supaya menggunakan servisnya. Tapi maaf, kami hanya pilih yang ada jaminan keselamatan.

Tiba di pelabuhan Jesselton, basah tekak di Restoran Minang. Minuman kami ditaja oleh teman Waney. Terimakasih ya! Sampai masa kami berangkat, sempat juga membeli seluar paras lutut bunga-bungaan. Kami naik bot sederhana laju dengan isi perut ikut turun naik gara-gara ombak yang melambung seronok. Selepas 15minit, dari bot yang lambung lambung itu kami melihat pantai Pulau Manukan, daratan yang terletak dalam linkungan Tunku Abdul Rahman Marine Park.

Bergurau dengan ikan, memberi ikan makan walaupun diri sendiri tak makan lagi, terbang ke udara sambil kaki berayun antara aktiviti kami di situ. Puas bermain laut, kami bersenang senang di jeti dengan mata di saji subjek menarik ciptaan agung Maha Esa. Bot datang kami pulang.

Makan malam di Restoran Minang. Makan yang betul betul makan. Kombinasi lauk mengujakan perut, makan sampai kenyang, badan rasa senang, hati tambah riang. Jesselton waktu itu hampir gelap dan hujan sederhana.

Mata yang Merambang

Masa untuk beli dan belah. Aku selalu rambang mata dan tak sabar kalau bab membeli barang dan aku jenis orang yang tak reti nak mintak diskaun. Janji sedap di mata, rembat saja, malas nak fikir.

Pasar Tamu Gaya destinasi pertama. Dari haiwan hidup berenang berjalan, haiwan mati yang dikeraskan, manik manik kecik cantik, tumbuhan warna warni wangi, paling mencuri tumpuan mata dan duit aku adalah aneka replika kecil haiwan variasi gaya juga warna. Macam gila juga aku cari replika kucing, tapi hampa mungkin salah negeri.

Kami berhenti makan di restoran mamak. Mee dan ikan goreng untuk perut. Laici sejuk untuk tekak. Kami jalan kaki ke pasar kering. Semua haiwan basah di kering dan di masinkan di sini. Aku terpesona pada kuda laut yang di keringkan. Malah aku sempat berfantasi nakal, masak lemak cili api kuda laut. Kembang tekak, terbayang kuda berlari anak dalam perut.

Seterusnya ke Pasar Filipina, memang berpinar. Tak banyak beza barang yang dijual. Bezanya di pasar, gerai di tutupi payung, di sini gerai di tutup bumbung. Harga lebih kurang. Di sini, siapa punya ayat termanis dialah pemenang untuk harga terendah.

Kami basahkan tekak dengan air kelapa yang dua jenis; satu, rasanya normal saja, payau masam dan manis buah. Kedua, rasa yang nombor satu tapi dengan tambahan perisa pandan. Jangan tanya macam mana pandan boleh menjadi perisa untuk air kelapa, itu proses semulajadi. Tak sama dengan tembikai laici atau teh-o laici yang mana proses campurannya manual oleh manusia.

Hilang dahaga kami menapak panas ke Warisan Square Shopping Mall, tiada apa yang menarik sangat selain menyejukkan badan dengan sistem pendingin udara.

Bawah Purnama, tepi Laut China Selatan

Matahari turun bila bulan mula memanjat langit. 1Borneo kami tujukan, hypermall yang tiada beza dengan 1Utama, sama saja konsep dan susun atur kedainya. Bezanya 1Borneo terletak di kepulauan Borneo sementara 1Utama terletak di Damansara Utama -_-‘

Makan malam hari itu separuh romantis. Romantis kerana ada lilin di atas meja makan, bunyi ombak hempas-hempas tembok yang sekali dua tiga kali juga menyentuh hujung kaki, sensasi, sayang bulan entah kemana, apatah lagi juta juta bintang yang mungkin malas keluar, jika tidak pasti ianya lebih romantik merah hati. Separuh romantis, kerana makan beramai-ramai dan sikit sebanyak menganggu kosentrasi bercinta pasangan yang sedang dan bakal berkasih malam itu.

Gunung, Sungai dan Ayam Goreng

Hari terakhir, cuaca cerah, lepas empat hari, ini hari yang sporting. Taman Nagara Kinabalu yang jalan ke sana tersangatlah mengujakan. Cuaca dan pandangan mata yang sangat segar. Rasa nak peluk je Gunung Kinabalu. Bergambar seperti biasa berlatar-belakangkan flora segar dan runut bunyi hutan. Krik krik krik.

Destinasi terakhir ke Poring. Tiba sana, Ringgit Malaysia tiga di hulur, masuk hutan, naik jambatan lintas sungai, naik bukit, tergantung gantung atas jambatan gantung, melihat ke bawah hati hampir jatuh, hati-hati jangan jatuh hati di tempat yang salah.

Kaki jalan pijak lembut tanah, mata lihat cantik isi hutan. Leka semua, Soul tergelincir di anak sungai. Kami hairan, kasut dia patut tiada masalah untuk berlasak dalam hutan. Takdir tuhan mungkin. Kami ragu bulu roma menaik tegak saat membaca papan tanda larangan ke sana, ke air terjun Kipungit dan Langganan. Bulu roma yang tegak kembali melepek bila ternampak pelancong Jepun bersahaja berseorang turun dari sana. Kami selamba terus, naik turun bukit, aku sampai bila Afzar sudah separuh bogel.

Mandi manda dan bergambar seperti biasa, bergambar dalam air terjun dengan rambut dan badan yang basah maka hasilnya mestilah jadi tarikan seksual tak terperi. Normal perempuan yang tertarik, tapi kalau ada sang jejaka yang menyapa itu bonus untuk anda!

Siap untuk pulang Reza berbisik, tempat air terjun tu tak boleh lalu lepas jam 2 tau sebab apa? Kening aku ternaik tanda sebab apa? "Sebab situ ada penunggu", ucap Reza. Air liur ditelan, aku toleh belakang, ke jalan tadi, suram dan memanggil-manggil.

Lepakkan kaki di kolam air panas untuk seketika sebelum gerak pulang dan singgah makan ayam goreng di bandar Ranau.

Sekian,

Casey Abrahah
khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-73239183686096431842011-03-03T14:24:00.000-08:002011-03-03T14:29:59.524-08:00Kak Pah ok?

Malam itu aku tak ingat cuaca sedang apa. Yang aku tahu bila saja sampai depan rumah Zhaf, aku di minta untuk tunggu 3 minit (sebenarnya 10 minit). Gerak ke rumah Aizu, sembang apa yang patut sambil radio putar cd Damn Dirty Apes, pedal minyak masa tu antara tekan dengan tidak. Tengah berperasaan dengan post-rock kan? Ceyyy.<o:p></o:p>

“Qid tengah makan keropok leko”, kata Aizu. Zhaf hisap rokok. Sembang apa yang patut sebelum Waney tiba-tiba masuk campur. Zhaf jauhkan diri dari kami. Aku dengan Aizu duduk sandar atas bangku kayu panjang, pandang padang permainan. Aizu masuk rumah sekejap, keluar dengan sebungkus goreng pisang (gorengan Shah Alam) dan murtabak dari neneknya. “Ini untuk bekalan dalam perjalanan nanti”, suara Aizu lagi. Aku haaa je. Aku makan seketul dua sebelum di bbm oleh Roy. <o:p></o:p>

“Reza tak jumpa dompet pulak!!”, bebel Aizu. Aku hmmm saja. Teringat peristiwa di Kuching dulu. Kunci loker Reza hilang secara tiba-tiba sebelum kembali ada secara misteri di bawah bantal. Aku syak Reza ada bela sesuatu. Mungkin Saka? Cehhh. Kami ke tempat Zhaf. Dia masih sibuk dengan Waney. <o:p></o:p>

Tak lama kami main-main kat depan rumah Aizu. Qid dan Gergasi Putihnya sampai. “Mana Soul?”, tanya Aizu. “Cuti tak lulus!”, jawab Qid. Semua membebel. Gerak terus ke Bandar Sri Permaisuri dengan Gergasi Putih senang sekali dendang lagu Justin Bieber. Masa tulah baru tahu Bieber dengan rambut baru- informasi dari Qid dan fan group Bieber ada nama dia sendiri tapi tak ingat apa- informasi dari Zhaf. Hmmm fanatik jugak Qid dan Zhaf dengan Bieber nih. <o:p></o:p>

Hazwan kami paksa untuk tunggu di kedai makan. Kami lapar. Jadinya Siakap Stim, Sotong Goreng Tepung, Daging Merah menjadi menu kami dengan Reza dan Aizu “Aku dah makan tadi, banyak”, kata mereka. Kami haaa je. Tak lama kemudian Reza dengan Sup Daging, Aizu dengan Sup Ayam. Ya, kami dah tau taktik dan ketahanan perut anda. <o:p></o:p>

Jam 12malam kami gerak (sebenarnya waktu asal bertolak adalah jam 9malam). Malam-malam di Lebuhraya Utara Selatan dengan koleksi film Steven Seagal yang pertama –Under Siege, cerita tentang tukang masak kegemaran Kapten yang gila hebat berlawan dan mencipta bom yang akhirnya jatuh cinta dengan Miss July ’89. Gergasi Putih macho dengan antara 140km/j dan 150km/j. Habis di horn kereta/bas/lori yang menghalang. Steady Qid! Berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah untuk senang-senangkan badan. Ada yang pergi kencing dan tak kurang juga yang merokok. Tak lama. Zhaf ambik alih tugas Qid.<o:p></o:p>

Bintang-bintang, gelap malam dan udara kampung menyambut ketibaan kami di Kg. Lawan Kuda. Kami tak cakap banyak bentang apa yang patut. Terus tidur. Suku malam Aizu mintak tukar tempat tidur dengan aku sebab kaki dia panjang nak luruskan terkena kerusi. Aku ok. Separuh malam kaki aku teraba kaki Aizu. Apa rasional tukar tempat tidur kalau kaki kau masuk lorong tidur aku? Sampai sekarang terus jadi tanda tanya. Sampai malam semalam kalau kaki aku terasa di raba muka pertama aku terbayang adalah Aizu. Ohhh. <o:p></o:p>

Bangun pagi dengan rasa sejuk yang gila. “Aku lupa nak bagitau korang, kat sini dalam pukul 4 pagi ada macam kabus datang”, cerita Reza untuk menambahkan lagi seram sejuk. Kami dengar tak dengar. Jadi kami sepakat untuk tidak mandi pagi, tapi gosok gigi. Terus gerak ke Gua Tempurung. Kabus sana-sini, tempat yang cantik. Kami patah balik untuk sarapan pagi.<o:p></o:p>

Sarapan kami di sebuah kedai makan di sebuah kampung. Nasi lemak dan teh. Aku dan Hazwan pilih nasi lemak yang di jual oleh makcik di luar kedai. “Makcik baru mula berniaga”, terangnya. Kami tahu itu dari cara dan masa yang di ambil oleh makcik itu membungkus nasi lemak. Selepas seronok membahan kotak pensel hijau Reza (ada tulis nama Reza Akmal kat luar macam sekolah rendah dulu), kami gerak ke lokasi. <o:p></o:p>

Sampai sana kaunter tiket belum buka. Paling mencemaskan Aizu adalah tandas yang masih juga belum buka, “Kat mana nak berak ni?”, omel dia. Kami ke gerai untuk minum (lagi). Hazwan kembali dengan pelekat GT (Grand Tour). Lekat di baju masing-masing. Aizu kembali dengan muka puas. Kami mencuba-cuba lampu picit. “Aku punya power!”, yakin Reza sambil mengepam-ngepam lampu picitnya. Krik krik krik bunyi dia.<o:p></o:p>

Taklimat ringkas oleh Encik Salleh, aku syak dia ketua ranger kat situ sebab dia yang paling peramah antara ranger-ranger. Kami di satu kumpulankan bersama pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng, sekumpulan cina lelaki perempuan, satu gang Kak Pah dan sekumpulan kecil (tiga orang lelaki) yang banyak membantu. Rajin dan ramah. Sikit lagi nak masuk gua, aku rasa nak terkucil. Sebab semua tak bawak duit (tinggal dalam Gergasi Putih), aku dan Hazwan ke tandas awam dengan hutang. Pertama dalam hidup aku ni. Aizu turut mengaku dia berak juga hutang sebab tak ada duit kecil. Haih. <o:p></o:p>

Nak masuk gua kena beratur dua-dua. Sampai saja mulut gua terus aku mulut nganga :o. Pertama kali masuk gua. Habis semua dinding jenis batu jenis pasir aku pegang. Nanti kalau ada orang tanya macam mana rasa gua, bolehlah aku jawab. Rasa gua bergantung pada kelembapan udara, semakin lembab gua semakin licinlah gua itu, begitulah sebaliknya.<o:p></o:p>

Level pertama menuju Golden Flowstone. Nak ke situ perlukan otot kaki yang mantap. Naik tangga gila tinggi. Peluh dah banyak. Kami berhenti mendengar penerangan ranger. Tahukah anda kelawar terbang keluar dari gua pada bulan Mac dan kembali terbang ke dalam gua pada bulan Jun? Haaa. Jadi hari tu memang kelawar dah tak ada. Cuma yang ada bekas-bekas tahi kelawar yang tercorak cantik di langit dan dinding gua. <o:p></o:p>

Manusia memang pandai berimaginasi, sampaikan tengok dinding gua pun boleh nampak muka orang, bentuk badan manusia sedang baring, tangan terkeluar, naga, tengkorak dan sebagainya. Semuanya terbentuk semulajadi dan di fantasi ilusikan oleh peneroka awal gua tersebut yang seterusnya menjadi cerita turun-temurun untuk semua yang masuk ke situ.<o:p></o:p>

Kalau rasa kepala lutut dah longgar, janganlah gedik nak naik Top of The World. Pendakian tangga-tangga ke siling gua. Tiba-tiba teringat perbuatan silam ketika di sekolah asrama. Pembaziran yang tak sepatutnya. Haih.<o:p></o:p>

Puas menaik, cabaran yang sebenarnya adalah ketika menurun. Dengan cahaya yang paling minimal, kami turun tangga hati-hati maksima. Agak sukar untuk mereka yang punya perut kedepan. Pandang bawah nak tengok tangga tapi yang nampak hanyalah sejambak lemak yang melepek di perut. <o:p></o:p>

Jalan seterusnya adalah mendaki dan menuruni batuan gua yang licin. Jenis kasut sangat mengambil peranan dalam bahgian ini. Di bahgian ini juga terserlah sifat kasih sayang antara manusia. Sama-sama menghulur tangan berkongsi peluh membantu antara satu sama lain. yang lelaki membantu wanita. Yang muda membantu yang tua. Ya, lelaki-lelaki di situ sangat rajin membantu terutamanya jika ia melibatkan wanita bernama Kak Pah. Tak kira sedang berjalan itik mengelak batu, menggelongsor batu, memasuki lubang batu, merangkak dalam sungai pasti ada suara lelaki macho yang berteriak, “kak pah ok?”. Aneh sekali bila dipandang ke arah suara tadi, serta merta semua macam tak ada apa. Saja membiarkan Kak Pah tertanya-tanya dan berteka-teki. Dalam dilemma dan konfius. Tak lama. Kak Pah teruskan juga beraktiviti. Boink boink.<o:p></o:p>

Sampai di hujung gua, kami patah balik ikut laluan yang berbeza. Laluan yang pasti basah, panas dan ganas. Kami agak terkebelakang dan lambat kerana terdapat dua orang yang cedera. Satu terseliuh tangan, satu terseliuh kaki ketika menggelongsor batu licin. Sebagai hero, kami berjalan paling belakang supaya mereka merasa lebih selamat dan ada pelindung yang gagah dan macho. Ceyyy.<o:p></o:p>

Sedang bersuka-ria meredah sungai ala Rambo, kami di kejutkan dengan rasa cemas kumpulan wanita. “ada dua jalan ni, nak ikut yang mana?”. Aku dengar suara Qid membalas, “takpa-takpa kami power rangers!!”. Rupanya kami dan kumpulan wanita ini tadi tercicir dengan kumpulan depan. Lalu Qid dan seorang brader ni diorang buat apa aku tak pasti akhirnya berjaya menemukan kumpulan yang didepan tadi. Kami terus berjalan sampai tempat mula-mula masuk tadi. Kami masuk sebagai kumpulan terakhir, tapi kami keluar sebagai kumpulan pertama. Renjer pun kalah sebab dia leka main-main air sungai dengan budak-budak perempuan. Kemain kau ye. Kasut zhaf dah tak jadi kasut. Kami ke tandas awam membayar hutang. Beli aiskrim seringgit. Kami bergambar di replika Gua Tempurung dan gerak ke Sg. Jahang.<o:p></o:p>

Sg. Jahang destinasi seterusnya. Aku dah tak larat nak layan arus sungai. Duduk-duduk kat tepi sungai sambil layan kerengga gigit-gigit manja kaki. Sumpah tak geli. Tak lama, mereka naik dari sungai. Kami mandi sewanginya. Zhaf dan Aizu sempat beli burger. Singgah rumah sekejap untuk pemeriksaan terakhir sebelum ke Ipoh untuk isi perut dengan nasi ganja. Ahhh.<o:p></o:p>

Nasi Vanggey juga di kenali sebagai Nasi Ganja. Kombinasi kari yang luarbiasa rasanya di tambah dengan sesudu yang kelihatannya seperti rempah. Aku tak tahu macam mana nak tulis rasa tu, hanya lidah yang mengerti. Zhaf mengaku sedang high, tapi Reza yang tambah dua pinggan. Aizu katanya biasa-biasa saja tapi kami tahu dia tak fokus betul ketika makan waktu itu. Aizu lebih leka bercumbu rayu dengan talifonnya. Sekali-sekali terkeluar juga ayat garangnya. Aku doa banyak-banyak janganlah dia campak apa-apa. Ceritanya tentang ‘campak handsfree’ dan ‘campak tisu’ masih keras di kepala ku. Jangan buat gila, kita kat negeri orang ni. Menerima panggilan dari ofis ketika sedang berseronok bersama kawan-kawan adalah sesuatu yang sangat potong. Dan sangatlah malang bila aku sendiri tak tahu nak cakap ‘tak boleh’. Yang akhirnya “Ok bro, aku masuk pagi esok”, sms aku pada Kamarul yang katanya nak cuci rumah sebab tuan rumah nak tengok rumah dia. Yalah, tak kan tuan rumah nak tengok rumah dia dalam keadaan rumah dia kotor kan? <o:p></o:p>

Kami sambung movie Stevan Seagal seterusnya. Kami berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat Tapah untuk sembahyang. Aku beli Pau Ahmad inti kacang merah. <o:p></o:p>

Dah lupa jam berapa sampai rumah Aizu, kemas apa yang patut, turunkan bag dari Gergasi Putih. Zhaf macam yakin dia tidak tinggal apa-apa. Masuk saja myvi biru, “Shit, baju kotor tertinggal, takpelah suruh Qid basuh”. Aku hmmm je. Myvi biru gerak sederhana laju, macam biasa cilok kereta kanan cilok kereta kiri. Ok, itu tipu. <o:p></o:p>

Sampai rumah Zhaf, selesai dia turunkan bag, aku gerak Kajang, hujan ringan-ringan, angin kasar-kasar. Aku sampai rumah di sambut oleh salakan anjing belaan jiran. Bulu romaku tegak berdiri, tiba-tiba aku terbau busuk yang amat, terasa di belakang ku ada lembaga putih berambut perang. Ceyyy. Seram tak? <o:p></o:p>

Bila saja aku angkat bag, “tong ting tong”, bunyi botol besi terjatuh. Itulah dia deodorant Zhaf yang tercicir.<o:p></o:p>

Casey Rybank<o:p></o:p>
khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-68186807241749832562009-09-27T09:10:00.000-07:002009-12-05T12:43:27.707-08:00merah hatinya Disember

Satu Disember hari tu, ketika majoriti penghuni Apartment Sri Kayan mati tidurnya, aku intai tingkap, mata ke arah langit, bulan kembang penuh. Baru aku tahu impaknya- sangat tenang. Aku mandi basah yang wajib sahaja kerana dingin air yang cukup luar biasa.

Bersiap ala kadar saja. Tanpa maskara, pemerah pipi dan gincu. Lewat lebuhraya Elite, melintasi Putra Heights masih mata tertumpu bulan yang kembang penuh subuh itu. Perasaan di tengah antara melankolik atau melentuk. Tambah dengan jantannya vocal M. Nasir melagukan Kau Ratnaku. Lemahnya kaki kananku, antara pijak dan tidak pedal minyak yang sebenarnya aku lapar!

Aku disambut dengan gembira luar biasa oleh jurutol Putrajaya. Manis dengan senyum menghampiri ketawa tapi masih dalam kawal. Spontan aku tanya “kenapa happy sangat nih?”. “Shift dah habis!”, jawabnya dengan senyum sipu. Hah. Aku faham. Sangat sangat faham perasaan dia itu. Sesungguhnya memang agak luar biasa perasaan gembira jika sudah habis shift. Tak sama perasaan yang berkemeja dan berseluar licin yang waktu kerjanya 9pagi hingga 5petang. Boring!

Bangun awal, bulan kembang penuh, senyuman pembunuh jurutol Putrajaya, permulaan hari yang baik kan? Lebih tepat lagi permulaan December yang sangat bunga bunga. Masa tu, ketika babyblue aku membelok ke Cyberjaya, semacam masuk ke dunia yang satu lagi. Satu dunia yang kiri dan kanannya penuh dengan ros merah yang mengekstrakkan cecair merah menjadi sirap paling istimewa. Perempuannya cantik bersama Silky Girl lambang remaja selamanya. Lelakinya tampan dengan set Nivea. Aku bingung tapi pasrah terus memandu. Itu imaginasi palsu buat perut tahan lapar.

Aku tak pasti teori ciptaan siapa, tapi December sering di kait dengan bulan gembira. Bulan yang dari hari satunya hingga ke hari tiga puluh satunya akan di isi dengan cerita cerita gembira. Dari bonus gaji, cuti sekolah panjang, tamat SPM, musim akhir bercinta kepada kahwin dan lain lain hal gembira.

Lihat gambar atas untuk contoh paling dekat. Dua orang sama jantinanya berkongsi perasaan gembira. Mereka punya matlamat dan rasa yang berkongsi sama; kakak dan adik ;p

Ogos yang dulu, adalah satu malam tu kami ke Urbanattic. Amar dan sorganina adalah tujuan utama tapak kasut kami jejak di sini, unit muzik dengan citarasa pop rock moden. aplikasi garis melodi yang senang untuk telinga pendengaran umum. cerita lirik kehidupan lebih ringkas hubungan manusia dengan manusia atau lebih universal dengan sekeliling yang akhir sekali terpulang bagaimana mata otak individu menterjemah tanpa sebarang tekanan luar.

Di satu sudut meja bulat besi dengan kerusi besi tinggi, berhimpun kami di situ. santai. sangat manis. lebih lebih lagi bila yang sorang lagi tu rasa yang sama. serabut Afja Tuhan saja yang tahu. resah dia hanya Venus yang tahu. baju bola Manchester United ukuran kecil versi wanita, semua tempat di cari, habis. tak kecewa. tahi bintang yang jatuh, Cupid mini keliling kepala bila akhirnya terhasil pencarian. "Itu pun tinggal yang display!", kata Afja. kami senyum saja sambil tekak merasa dingin teh pudina. tenang suasana bila jarum jam gerak ke kiri melepasi 4 Ogos, lalu menemui 5 Ogos. asyik memang asyik kawan! setingkat lagi naik umur dia. setapak kedepan lagi impian dia. sejuta lebih lagi senyum Afja disamping berbillion sorak suara bintang riang.

Zhafney, nampaknya riak tasik Putrajaya bakal menjadi saksi penting. aku dan kau. kita naik bot keliling tasik dan untuk sebentar singgah di pulau pulau buatan. mesti jadi momen yang indah bawah redup matahari atau terang bulan. yang tersadis bila Afzar, eh sori Afja tidak akan bersama kita lagi, mungkin.

Aku, bukan aku, kami yang lain semuanya bingung memikirkan persoalan yang di biar tanpa jawab oleh Zhafney dan pasangan. Tebal ego tanpa pasti mahu di tuju untuk siapa. Dua dua muka cantik menarik, jangan sampai terlepas ke orang lain yang lebih cantik menarik. Apa pun kami doa yang terbaik. Jika berdua bersama, kami sorak gembira. Jika sorang sana sorang sini, kami tetap kawan sampai bila bila. Tak ada pilih kasih dan jangan berhenti berkasih.

Cinta patutnya lutsinar. Biar dia yang kita cinta kekal dengan dunianya. Jangan cuba cuba jadi raja dalam hidupnya. Manipulasi cinta sebaiknya supaya kedua kita rasa gembira. Bijaklah bila bercinta, jangan sampai buta dan jadi raja drama.
khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-64565059705532559622009-09-04T14:26:00.000-07:002009-09-12T14:27:37.733-07:00Dalam Debu Ada Dorayaki (Cekelat, kaya dan kacang merah)Aku agak teruja dengan aktiviti petang itu. Bon Odori- satu yang baru bagi aku. Melihat orang Jepun dengan tradisi mereka. Tak kurang gadis kimono asli yang manis belaka. Tiba tiba teringat Sin Chan -hidungnya berdarah demi melihat perempuan. Kesian kau kena sumpahan gadis seksi!

Stadium Panasonic. Babyblue cantik aku letakkan di suatu tempat yang sangat terbaik. Aku bergerak dengan gadis gadis kimono, menuju ke tempat Aizu. Mana ada jauh, lebih tepat lagi tak rasa jauh sebab aku leka bertukar senyum dengan gadis gadis kimono asli dan yang tak asli.

Aku gagal mendapatkan kawan lama waktu sekolah menengah dulu. Kerjanya jurutera elektronik di kilang Panasonic ini. Berada di Genting dan tak tahu pon ada aktiviti di kilangnya itu. Kau memang mangkuk tanah liat Pek! Mamat ni, ketua tingkatan kami masa tingkatan 5 dulu. 'Biar tak hensem, janji pakai Levi's' itu moto hidup dia.

Aizu, Jay dan Yaya. Ye Yaya si cinta hati Aizu pun ada kali ini. Amar, macam biasa lambat. Memang sinonim lambat dengan dia. Datang dengan DY. Jadi kami berenam, tiga pasangan. Aizu dengan Yaya. Amar dengan DY. Aku dengan Jay. Masa kami lalu tengah tengah padang, aku dapat rasa beratus pasang mata aneh melihat kami, ya pasangan aku lelaki! Tak sesadis waktu aku menonton wayang gambar The Proposal dulu. Aku nonton berdua dengan kawan lelaki. Kami gelak paling kuat dan bila tamat cerita, lampu dipasang, Maha Besar Tuhan kami dua saja yang sejenis. Orang sekeliling dengan mata terbeliak ngeri bagaikan aku mencium manis bibir kawan lelaki aku tadi! Apa ingat lelaki tak boleh keluar berdua dengan lelaki?!!

Macam biasa makanan keperluan utama. Tak selesa. Sungguh sungguh tak selesa! makanan dalam kuantiti debu yang menggunung beterbangan. potong terus. Dengan pengetahuan terhad makanan Jepun, aku dan Jay belasah saja Dorayaki. Nasib kecik kecik dulu kipas mati Doraemon. Tekak basah dengan sebotol Green Tea campuran perisa Apple. Terbaik!

Matahari hampir pulang, bulan hampir datang, bintang masih ego menegur. kami tersepit, tercelah, dalam bulatan manusia, mereka mencuba, tapi ada yang sudah fasih dengan gerakan penari atas pentas, kami belum terjebak tapi keinginan nampak segar, muka Aizu membayangkan itu, dengan Yaya turut cuba terjebak, aku macam biasa -malas. Yang di atas pentas tekun mendengar, mengawal gerakan badan agar nampak sama dan senada dengan lagu yang berkumandang. Tarian yang kadangnya gemalai intronya dan keras pada outronya. Ada rahsia, ada cerita pasti dalam semua gerak itu.

Aku tetap statik ketika keliling aku sudah berkali kali bertukar wajah manusianya. Ada yang sengih sengih pandang aku yang kayu di situ. "Tengok apa? tampar kang!", aku berkata tapi dalam hati malu. Ok Ok. Aku cuba walau tahu bakat memang tak pernah ada untuk aku dalam bidang tarian. Memang tak ada langsung seni tarian dalam darah aku. Paling busuk pun gerak lenggok tangan -dikir barat. Itu pun masa sekolah dulu. Lama dah.

Sedang aku 'fokus' menyeragamkan gerak tangan kaki dengan penari atas pentas, beberapa orang dari kami terserempak dengan kawan kawan Suraya, lebih tepat lagi kawan kawan sekolahnya, lebih lebih tepat lagi calon calon SPM 2009 -Farra RXU dan Aqqa (hai semua!) Aku hampa, gerak badan aku yang hambar. Aizu Yaya tenang masih mengikut. Janji aku cuba, walau dengan gerak hampeh. Aku berhenti tarik nafas, hembus, teguk oksigen. Dada aku sesak, rasa billion debu menghinggap intim. Sumpah aku rimas, badan aku panas. Perut mula culas, kami gegas dengan diskusi penting dan satu solusi yang muafakat -makan.

Kami gerak ke kereta masing masing. Aku macam biasa, baik hati saat terdengar Amar mengeluh jauh keretanya di parking. Menawarkan khidmat babyblue kepada Amar dan Dy yang sebenarnya dah lama aku fikir benda ni, sejak aku parking babyblue aku masa datang tadi. "Mangkuk, gila jauh, lalu tiga jenis kubur pulak tuh!", bebel aku dalam hati tapi bibir maintain kuntum senyum pada gadis gadis kimono depan mata. Jadinya bila delegasi Amar setuju tawaran aku, serta merta atas kepala aku terkeluar mentol cahaya terang. Yes! selesai sudah masalah. Makanya dengan kekuatan enam batang kaki, kami melangkah gagah menerobos gelap malam dengan bintang atas kepala terkelip kelip indah merai 'kejayaan' aku.

Syukur tuhan Kau buka hati Amar, tak ada masalah dengan DY yang lebih kepada pengikut saja malam tu. Kalau Amar ke kiri, maka ke kirilah DY, kalau kekanan, maka kekananlah DY, tak ada sikit pun terpesong darjah arahnya dari punggung Amar. Sori. Sungguh sungguh aku sori. Aku bukan nak kenakan korang, tapi aku yakin korang lagi tak sanggup tengok kawan korang yang come lote ni kena sergah dengan hantu india, tak pun kena sampuk dengan hantu cina yang melompat lompat, tak pun kena rasuk dengan hantu melayu yang mengilai. Korang tak sanggup kan? Haaa aku tahu korang sayang aku kan? ok itu dah lebih, bulu roma mula naik tegak, tengkuk aku di tiup tiup angin kipas atau...ok ok aku memang fobia trauma dengan gelap!

Enam perut yang beza saiz dan kemampuan mampatan makanan minumannya terisi dengan sopan di Kopitiam Pak Li sambil di serikan dengan koleksi teka teki mencabar minda. Maksud aku teka teki yang nampak intelektual pada soalannya tapi sedih jawapannya yang luar minda manusia biasa, yang jika di bawa ke mahkamah pasti akan kalah lantaran jawapan yang boleh di persoal. Sudahnya kami ketawa saja. Ikan apa paling besar di dunia? Bagaimana untuk memasukkan seekor gajah kedalam perut manusia?

Kami pulang semuanya bila kadar kepekatan gelap malam itu semakin meninggi dengan dingin angin seakan mampu membekukan badan.

Sedar yang mata aku mula menutup sesaat mendengar dengkuran indah bilik sebelah...

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-66492251080073551002009-08-30T12:39:00.000-07:002009-09-04T14:21:01.502-07:00REBEL

Lapan langkah kaki keluar dari pintu rumah sepupu aku, senyum masih bergaris di mulut. Bukan senyum yang dibuat, senyum lebar yang menghampiri ketawa. Gila. Anak anak kucing berjalan perlahan tanpa arah tuju. Kejap ke sofa. Kebelakang ke dapur. Aku syak diorang runsing. Rumah bising dengan ketawa. Dalam runsing anak anak kucing ini tadi, aku tahu mereka sedang melayan. Itu yang diorang berjalan. Kami sedang melayan juga. Sehabis fokus. Konstruksi melodi untuk lagu raya. Rasa keroncong dengan injeksi jazz ringan; Afat berkeras ini tulen darinya ketika kami tergelak gelak gila bila padanan ritmanya sama dengan sebuah hits Nora-Di persimpangan Dilema. Single evergreen itu terusan menjadi hits untuk penghuni 2-1-5 Kondom Puncak Sri Kelana. Anak anak kucing semakin runsing.

Dah lama aku tak ke sini. Adalah yang berubah. Susun atur perabut berubah. Kucing juga berubah-dulu bulunya kembang, sekarang jarang jarang (gaya pemakan yang kurang sesuai puncanya) Perut penghuninya, si Taja dan Afat juga berubah- semakin maju ke hadapan!

Mata aku manja ke almari kaca. Dalamnya banyak cerita. Menyusun atur notasi relevan hingga menjadi gubahan melodi yang asyik. Itu kontrak sampai mati. Sangat terkesan dalam mata mereka. Normal hidup. Kalau dah mula mesti ada akhirnya. Kalau dah jumpa mesti ada hilangnya. Kalau dah bertemu mesti ada pisahnya. Memang pedih untuk menerima, tapi hidup jangan dibiar merana. Hidup harus bergerak, tak kisah ke depan, ke kiri, ke kanan. Boleh memandang ke belakang, tapi bergerak ke belakang tidak di galakkan ye. Jeling sikit.

Aku lihat itu dalam gerak gaya fikiran mereka. Banyak lagi yang tergendala, tapi mereka terus bergerak. Tinggalkan yang lama, aturkan yang baru. meetUncleHussain yang baru dan Azlan & the Typewriter, untuk dua duanya semoga berjaya selalu.

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-63675332487944466162009-07-24T23:42:00.000-07:002009-07-29T00:19:25.109-07:0030jam bukak mata, lampu isyarat warna pink!
fuh fuh aku tiup debu debu yang menghinggap di sini. gila lama tak ada perasaan yang sesuai punca tempat ini senyap. maaf blogger.com! ;p

Insomnia Dalam Kawalan
aku tak tahu maksud itu. yang aku tahu malam sebelum itu aku kerja malam. di luar belah atas langitnya bulan macam biasa; tembam senyum, di pagar bersepah bintang yang terusan kelip riang nyanyi konon ejek aku- orang malam tidur, kau malam kerja!

situasi sistem jaringan TIME dotcom malam itu begitu mesra pekerja. tanpa sebarang gerak laku aneh. kondisi sesuai menonton koleksi dvd ;p

Jam 12 Rumah Aizu
aku sampai awal. sangat awal sebab masa tu Aizu pun tak ada di rumah. aku malas nak lambat. nanti ada orang "Grrh, I should have gone back to sleep cause 'someone' was late!!". awak sweet kan? ;p

aku hilang perkiraan darjah condong matahari sewaktu BabyBlue aku bergerak. Jay yang pandu. BabyBlue, bukan tak sayang. tapi takut terlebih sayang. bukan curang jauh sekali buang. cuma beri peluang dan ruang. jadinya aku duduk di belakang dengan niat untuk lelap mata. kepala dah gila pusing. mata melawan arah jam. tak berjaya pejam mata =(

Got Urbanscapes. Got Life.
tahun ni biasa biasa saja bagi aku. entah. mungkin aku tak fokus. kepala pusing! tambah tak banyak yang menarik mata aku. hati apa lagi. orang memang bertambah. baju yang mereka pakai berkurang saiz kainnya. krisis ekonomi mungkin. barulah kuala lumpur kan?

kami melintasi 'X-Marketplace' ke pintu masuk. Amar DY sedia tunggu dengan tiket. masa ini ramai yang tak sedar, tapi aku sedar. ada brader muka gila garang. gila aku tak suka! tapi dia buat aku gelak kerana telah membezakan 'seseorang' dengan kami semua! awak sweet kan? ;p

kami terus masuk. ruang legar utama berkumandang lagu dari Monoloque lengkap dengan visualnya. terus ke 'The Box'. memang cantik. sesuai untuk kami yang berpanas tadi. suhu badan kembali normal. Rashdan Harith beraksi dengan vokal penuh karisma bersama hits 'Matahari'.

Kami nonton sekejap filem 'Sumolah' di 'The Cinescapes Stage'. aku tertarik dengan '24HR KL Photography Project' di luar. kami berjumpa dengan jejaka dan gadis yang menjual poskad. olahan fotografi yang cool belaka. aku tak beli. diorang beli.

Pop Shuvit buat crowd jadi gila. pentas 'The X-Lawn' kami layan. sistem bunyi yang biasa. tak seimbang. tapi cukup untuk tonjolkan vibe pentas. Yuna naik pentas. kami turun makan. kami datang balik. Telebury dengan hits klasiknya 'God Speed Your Love'. Lagu gila masa kolej dulu. aku main main lagu ni sejak dari zaman dewan cina. dia dengan kamera di dada. duduk makan semeja. baliknya dalam kereta terus pasang lagu ni. /your beautiful smile/your beautiful eyes/full of colors/see you again/can I meet you again?/ terimakasih tuhan sebenarnya aku jumpa dia lagi! tapi tak sedar. tak perasan. sama sama berteduh bawah khemah KFC masa hujan, duduk di tepi pentas menunggu Incubus. itu Sunburst 2008. aku snap gambar dia dengan kawan kawan lain di kerusi besi sakit bontot tepi tasik. penuh penghayatan. itu Urbanscapes 2008. gila lama baru sedar. rupanya itu dia, yang berkamera di dada, duduk makan semeja! hang memang sengal khairil! ya, aku memang sengal dan mangkuk! eh eh gila lari dari topik. maafkan hamba penunggu busut!

ehem ehem. ok kita sambung. masih di pentas 'The X-Lawn'. NAO menampilkan kawalan instrumen yang bagus. permainan penuh teknikal. lagu lagu yang tanpa vokal. cool. aku rasa Zhaf paling puas hati hari tu. dapat salam dengan drummer Pesawat! mereka semakin membesar. semua lagu di sambut baik bersama crowd. depan pentas sekali lagi kucar kacir.

Damn Dirty Apes! gila weh~~
kami bergegas ke 'The Cinescapes Stage'! aku sorang sebenarnya yang semangat. aku setuju pergi tahun ni sebab band ni lah. satu lagi unit muzik yang aku gila sejak zaman kolej. muzik dia buat aku terbang. sama macam coke kau minum dengan ubat batuk! betul tak tipu! betul tak tipu! betul tak tipu! betul tak tipu! susun atur muzik yang membina lanskap cantik. membuai jiwa. terbang tinggi weh!

USJ2 Kembali
kami makan dan bergambar lagi. kami gerak. sumpah aku rindu BabyBlue. kau rindu aku tak? gila. aku pandu kau. jangan malu, aku tahu kau tahu. kami bergerak membelah kuala lumpur. lampu isyarat warna pink. aku hairan. tapi malu nak tanya Zhaf. kau nampak apa yang aku nampak tak? itu belum aku bagi tahu dia, tadi aku nampak Maria Ozawa makan mee goreng. mau melompat mamat tu kang.

sampai USJ2. kami semua berpisah. tak semua pon sebab aku Aizu Zhaf, kami ke Anggerik. makan lagi kan? dari jauh Afzar macam Aaron Aziz dengan aktress korea la pulak. aku lupa nama. Fais Yum dan adik Yum join kami. Fais kasual. Yum kuala lumpur.

BabyBlue, Vios hitam dan McD
pulang ke Shah Alam. hampir tercium bontot Vios hitam. gara gara melayan Rasional Emosional Pesawat di X FM. gila nasib. BabyBlue aku selamatkan ala Gerak Khas the Movie. aku elak ke kiri. nasib tak ada kereta. aku pandang Vios hitam sebelah mata. tak puas hati. ceyyy padahal salah aku. khayal. aku singgah McD legakan debar di dada. dua pie apple dengan milo panas. makan lagi =(

Mikaela
esoknya jam 11pagi dah bangun. terus ikut Aizu dengan Fais layan Transformers. kali kedua aku menatap Mikaela. terus ke Makbul. makan. lagi =(

**kredit paling utama untuk AmarDY yang comel! duit tiket hari itu ke nasi goreng, mineral water dan coke. gila gila terimakasih yahhh ;))
**Jay kerana memandu BabyBlue. tq man. sumpah aku memang tak larat hari tuh!
**Zhaf kerana jadi co-pilot. ;p
**Aizu untuk tembakan menarik. ;)
**Suraya untuk panadol ;))
**kepala otak khairil yang masih ingat semua benda dan tangan khairil yang rajin menaip!

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-70658733068545607272009-07-03T20:15:00.000-07:002009-07-03T23:09:43.319-07:00SHAH ALAM 360darjah (akhir)
ShahAlam>USJ2

malam tadinya sewaktu bulan senyum cantik, bintang kelip riang, mata aku terpejam elok sekitar 3 pagi.

"esok jangan lupa, tadi ada Sue pun boleh lupa, esok tak ada Sue lagi lah!", pesan Aizu. aku gelak saja. malam ni kena tidur awal. tapi tak berjaya. 3pagi aku tidur...

ya! aku berjaya awal pagi ni. atas katil Aizu aku tunggu dia mandi. kami gerak selepas satu bungkus nasi lemak segelas air oren. tq bro! walau aku tahu dia impikan lebih satu bungkus. apa boleh buat, sapa suruh offer kan? ;p

USJ2>DamansaraPerdana

kereta tak banyak. jalan lancar. kalau ada halangan pun tipikal pemandu Malaysia yang tukar lorong ikut suka. wira Aizu meluncur sederhana laju seirama dengan trek trek EP terbaru Komplot.

dari Komplot aku mainkan cd Nidji. bontot dah kematu. kami gerak terus ke klinik selepas Aizu menerima borang perubatan. berbakul jugaklah dengar Aizu membebel pasal Irene sengal. "nasib baik comel", komen Aizu. aku gelak saja.

PelangiDamansara>KompleksMutiara

tenang dan senang kondisi klinik. peluang pulang awal begitu cerah ;)

pelik pulak aku tengok orang medical check up kat luar. nasib orang tak ada. tambah pelik melihat berat badan Aizu. bukan berkurang tapi bertambah! semalam yang tak memberi kesan. lagi best skala untuk ukuran tinggi klinik tu tak cukup nak ukur ketinggian dia! Jururawat tu nak ukur pakai pembaris pun terpaksa jengket kaki!

PlazaSiarraMas>KompleksMutiara

kami tersalah bangunan, tapi itu biasa. bukan senang nak senang. kami hampir tersalah bangunan lagi gara gara...

"selepas traffic light ketiga, u nampak Kompleks Mutiara sebelah kanan", yakin seorang gadis india. dari mata dia, nampak cahaya konfiden. sayang sekali. cahaya konfiden makin samar. kami seperti jerangkap samar yang nak meletup. lepas traffic light ketiga ada lagi tiga traffic light. baru nampak bayang KompleksMutiara. aku segar. Aizu semangat.

kami macam terperangkap dalam pusaran puting beliung untuk ke parking. otak terpusing, perut terkeluar. kami turun ke tingkat bawah. tangga elektrik manual membawa kami ke kedai payung.

Aizu takjub. aku cool. gila banyak saiz payung. kami dilayan tipikal penjual dengan pembeli oleh Irene. ini tak sama dengan Irene yang Aizu. ini Irene yang lahir zaman Perang Dunia ke 2.

kami gerak selepas Aizu berjanji dengan semua alat alat fotografi dalam kedai itu untuk kembali lagi.

KompleksMutiara>USJ2

cepat bergerak kejar sembahyang Jumaat. perut aku mengeluarkan bunyi kurang senang. Aizu pun sama, cuma dia susah nak terus terang. kami sepakat, lepas Jumaat isi perut!

USJ2>PutraHeights

kami ke PutraHeights dengan payung baru Aizu. di khabarkan orang di sana ada barang baru juga. jemput Suraya teman kami makan di satu satunya shopping mall terkemuka di PutraHeights iaitu Giant!

ruang tamu rumah Suraya di transformkan menjadi studio fotografi. eksperimentasi barang baru bersama 1901 dan vanilla coke! semua lancar. semua puas hati. perut kenyang. hati riang. kami pulang.

USJ2>ShahAlam

aku dah tak larat. penat semalam membawa ke hari ini. aku aneh. selalunya bila aneh aku akan lapar. sudahnya sebiji burger daging, sebatang hot dog dan sebotol vanilla coke aku tapau untuk sesi makan ringan ringan.

langit cantik, selamat tinggal matahari, selamat datang bulan bintang, bila aku parking kereta. dua hari yang mengujakan ;p

tengs Aizu untuk tembakan, foto, video menarik

tengs Jay untuk tembakan, foto menarik (rambut kau paling kemas antara semua lelaki hari tu)

tengs Amar DY untuk tembakan, foto menarik, (ada korang, indah suasana)

tengs Suraya untuk tembakan, foto menarik, cermin rambut ;p

tengs Khairil cukupkan korum ;))

tengs korang!

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-53441788810402055522009-06-13T18:18:00.000-07:002009-06-14T00:14:28.845-07:00SHAH ALAM 360darjah
ShahAlam>USJ2

Seperti selalu, pagi itu matahari setia dengan cahaya riangnya. Aku belek si seksi hitam merah. 2 panggilan tidak berjawab dari Aizu. Hmm. Aku syak Aizu nak kejut pagi Yaya tapi tertalipon aku. Aku gelak. Ada point nak bahan. Brader lovvvv.Tiba tiba! Tapi apasal sampai dua kali? Aduh!!

Jam dah 9 pagi. Baru teringat hari ini ada jalan jalan keliling kota. Aku mandi secukup rasa. Terus pecut!

"Aku dekat traffic light Summit", aku bagitau Aizu.

"Haa cepat sikit, Sue dah tak sabar!", kata Aizu.

Sori lah. tak ingat langsung ;p

USJ2>Carrefour>KomuterSubangJaya

Kami parking di F1, Carrefour. Bilang si Aizu, 10 jam pun tak apa. Percuma! Aku senyum lebar. Sampai atas, penyakit lama menyerang.

"Err, aku dah lock kereta ke?". Semua pun blur. Sudahnya aku turun balik. Yeah! semua terkunci elok. Naik atas balik...

Naik komuter goyang goyang. Gila sejuk. Kami sembang rambang, ketawa gelihati, ada mata yang perhati, apa kami peduli.

KLSentral>CentralMarket

Sarapan di McDonald. Aku hairan, Aizu tak makan. Dah kenyang katanya. Tapi dia habiskan Hash Browns aku :'(. Kenyang tapi rushing. Amar Dy sudah menunggu di CM. Teruskan berjalan sambil dibantu oleh LRT Putra.

CentralMarket>PetalingStreet>Puduraya>Maulana

Menjejakkan kaki di CentralMarket dengan peluh yang mula membasah. Tapi kami masih kental. Perjalanan masih jauh. Amar Dy kelihatannya dari jauh tidak banyak beza. Sama seperti waktu waktu yang dulu. Kalau bezapun mungkin rambutnya. Seorang lurus, seorang ikal mayang.

Agak agak peluh tersejat sudah, punggung diangkat sopan, kaki melangkah cermat ke Annexe. Harapan hancur. Aku malas nak cerita. Aku lekas lekas ajak gerak. Malas nak tunjuk sedih depan kawan kawan. Kami ke PetalingStreet. Sebatang jalan punya pelbagai butik. Menjamu mata hingga kenyang, walau sebenar aku dahaga. Yang lain sibuk menembak. aku sibuk menyibuk dalam setiap tembakan. Tengs korang!

Bergerak terus ke Sg. Wang untuk payung Aizu. Akhirnya Amar Dy mendedahkan sifat tak kuat mereka dengan yang pertama membeli air! Kami akur. Dalam hati aku bersorak riang. Tekak aku menangis terharu. Yang gersang kembali subur. Semangat aku kembali memuncak dengan sebotol Coke sejuk! di Maulana

Sg.Wang>KL Plaza>Pavillion

Aku kira 3 kali kami pusing di floor yang sama. Hampir semua kedai kamera di terjah dengan jawabnya semua hampa. Kami semua tak putus asa. Termasuk aku yang turut tercari cari tali pinggang baru buat menampung saiz perut yang terbaru ;(

Aizu mencadangkan sebuah kedai di KL Plaza. Kami ikut saja. Masuk masuk. Sekali lagi hampa. Bukan saja payung yang tak ada. Kedai dia pun dah tak nampak bayang. Aku syak Aizu main tipu sebab KL Plaza air cond dia sejuk lain macam. Dia cipta alasan untuk keringkan peluh, hilangkan penat. Ok. Kau berjaya ;p

Macam biasa sebelum masuk ke Pavillion, mereka sibuk menembak, aku sibuk menyibuk. Tengs korang! ;)

Pavillion>Sg.Wang>Lowyat

Kami berhenti makan di sini dengan pemandangan sisi jahat. Tak ada makanan yang menarik perhatian aku melainkan ABC Mangga. Ais kacang dengan hirisan mangga segar ;) Jay fokus dengan mee nya, sebelum dia hilang untuk seketika ke tandas.

Amar tidak ketinggalan;

"Aku nak berak kejap". Kami normal angguk senang.

"Amar memang selalu macam tu". Dy bersuara. Aku dengan Jay pandang Dy terus.

Masa ni semua benda dah jadi warna pink. Bunga bunga ros tumbuh segar. Bauan vanila dan kayu manis menusuk hidung. Hujung bukit anak sungai ada pelangi cantik. Latar belakang lagu cinta genre jazz.

"Kalau dating mesti berak. Kadang kadang bosan tunggu sorang sorang. Kalau dia cakap lambat sebab tadi berak, baru lega sebab nanti tak da la tunggu dia berak". cerita Dy antara ceria dan segan. Kami yang dengar, simpati tapi teruja dengan nasib Dy. Sungguh itu situasi romantik seumur hidup aku. Sekurang kurangnya Dy belajar sesuatu dari Amar. Paling penting mereka gembira bersama!

Di Sg.Wang Aizu terus dengan payungnya dan aku dengan tali pinggangku. Kami berjalan dengan mata awas memerhati. Aku temui tali pinggang impian di FOS. Aizu masih termanggu buntu dengan payungnya. Harap harap di Lowyat dia bertemu dengan payungnya. Sekali lagi hampa.

LowYat>HangTuah>MasjidJame'

Dengan Monorel kami ke StesenHangTuah. Dengan LRT Star kami ke StesenMasjidJame'. Jarak yang tak munasabah sebenarnya. Tapi semua dah tak larat nak patah balik jalan kaki. Belasah saja ;p

CentralMarket>DayaBumi>PejabatPosBesar

Perjalanan ke CentralMarket dihiasi dengan efek khas. Angin kuat dengan bunyian guruh. Hujan masih segan nak turun. Aizu masih tak putus asa dengan payungnya. Terus mencari. Ketika mencari. Diluar hujan turun dengan suka hatinya. Kami berlari anak ke bangunan DayaBumi terus ke PejabatPosBesar terus ke StesenKualaLumpur dengan baju yang basah belum lenjun.

StesenKualaLumpur>StesenSubangJaya>Carrefour

Komuter bergerak perlahan, sedih meninggalkan KualaLumpur ;(

Naik komuter goyang goyang. Gila sejuk. Kami sembang rambang, ketawa gelihati, ada mata yang perhati, apa kami peduli. Tapi kami terpeduli seseorang yang bila tiba di StesenSubangJaya rasa ingin terus ke Toys"R"Us ;p

Masa ini aku dah lemau, tapi masih cergas ke destinasi seterusnya. "Engkaulah destinasiku" ;p

SubangJaya>PutraHeights

Keluar parking aku berdebar, manalah tahu tiba tiba kena sekat kat boom gate. Bayar bayar. Oh Tak lah. Ternyata percuma! Aku senyum girang walau disakat Aizu ;) Terus ke teratak Suraya dalam kondisi jerebu dengan jarak penglihatan bawah paras normal.

Kami berhenti sebentar demi dua bungkus air kelapa muda. Terus bergerak melintasi padang yang tandus, tapi meriah langitnya dengan layang layang.

PutraHeights>USJ2>ShahAlam

Tak lama di sana. Terus pulang ke USJ2 untuk menghantar Aizu dan Jay.

Klimaks untuk hari itu, gaya Jay tidur di snap kemas oleh Aizu ;p

Sampai ShahAlam aku terus tapau hotdog dan benjo dengan sebotol Coke 250ml.

oh-esok ada date lagi dengan Aizu ;p boleh bergaya dengan tali pinggang baru ;))

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-8225567806201022342009-06-07T12:17:00.001-07:002009-06-08T01:42:42.952-07:00PUTRI -I have insomnia
Ah. sumpah aku benci rasa rasa yang begini. kemana hilang rasa sensasi tidur malam aku? oh ini pasti gara gara di kolej dulu. jam 11 malam baru bangun tidur, membawa ke 8 pagi terus ke kelas. balik kelas terus tidur sampai jam 11 malam. hari hari beb! sudahnya sampai sekarang aku susah nak tidur malam! nasib badan :(

Pagi Ahad Yang Binggung
macam biasa bangun pagi aku bila matahari satu jam lagi bergerak ke 12 tepat. terimakasih juga kepada jiran aku yang bersungguh ketuk ketuk dinding bilik. aku tak ada idea apa yang jiran aku nak gantung kat dinding dia. yang pasti aku sakit hati!

Aku Memang Rajin
hampir 10 minit jugalah aku termenung di katil terlayan mp3 Cherrina dan Semuanya OK nyanyian KRU. ok, hari ini kemas bilik, basuh baju, gosok baju dan masak air. semuanya berjalan dengan lancar bergaya. hari cemerlang aku di sudahkan dengan pelawaan pizza secara percuma oleh teman serumah. terimakasih weh!. "baik makan pizza dari makan hati"-twitter

karektor rajin aku tak habis di situ. dengan senang hati aku memanjakan MyviBiru aku ke sebuah spa yang pekerjanya cukup hensem ;p tiba tiba...

"brada lov, mlm ni 8pm" sms dari Aizu. aku rasa lain macam. aku balas...

"8pm di rumah ko ke atau di murni ke atau di putra height ke? ;p" aku tak ingat dia balas apa. aku terus mandi wangi dari hari hari biasa....

Tersudut Dalam Lif!
dalam aku berjalan ke lif. aku sempat berlalala ikut irama Cindai. memang cantik masa aku sampai, lif sedia tunggu aku. senyum lebih kurang kat pakcik dan makciknya yang sedia ada dalam lif, pintu lif pun tutup. 5 4 3 2 dan 1. aku dah rasa lain macam. makcik tu mula pandang pandang aku. aku malas nak pandang balik. gila apa main mata dengan bini orang. depan suami dia pulak tu! lif dah sampai tingkat paling bawah. tapi pintu dia degil nak terbukak. pakcik tu aku tengok 3 4 kali tekan loceng keselamatan. aku dah berpeluh. panas beb! untuk tidak menimbulkan sebarang pra sangka. aku segera sms Aizu...

"lambat sikit..lif rumah aku rosak!" aku gila geram. peluh abih. mekap dah lama cair. bau tulen lelaki dah mula keluar...

entah apa ajaibnya sms Aizu, lepas je dia balas sms aku, terus pintu lif terbuka! aku tengok gila ramai yang tunggu. haih

seMurni RibenaLaici
kami bergerak ke rumah Anies yang sopan ;) terus ke Murni SS2, sampai terus pesan air. nak pesan makan kami sepakat tunggu Amar dan kekasih hatinya. aku syak mesti gila best kalau dating dalam kereta sebabnya perut Aizu dah hampir hilang sabar menunggu diorang sampai. aku ok lagi. pizza petang tadi masih bersenang riang dalam perut :)

Sesuam Barlee Bidara
aku suka bahagian ni. yeah! tak terkira berapa lebar senyum Fais tadi. sumpah kau memang manis berganding dengan YumYum. korang mungkin nampak berbeza untuk beberapa perkara. tapi kimianya tetap terserlah. kami suka, sokong korang!

dari Anfield ke Shah Alam, semua pun happy!

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-76673547144175598322009-06-02T14:33:00.000-07:002009-06-02T15:23:07.931-07:00MUNZIR -cerita aku (8)
gluk gluk. itu bunyi dua teguk kopi terlebih krim masuk laju dalam tekak. basah lidah, otak segar sikit. aku hilang perkiraan. berapa kali aku gosok tangan. gila sejuk. kepala angguk angguk melayan OAG. keadaan lampu romantik. kondisi sesuai buat mata terpejam. tapi aku kental! waktu kerja kita kerja. waktu tidur kita tidur. waktu rehat, kita pergi bbq ;p

"weih kerel...twitter aku penuh ngan ko punya post je...menyanyi oag~ iskh"

Amar bising di facebook. tak dengar pun suara tapi tau dia tengah bengang. aku gelak. gila gila gelak. tapi tak keluar suara. gila apa gelak sorang sorang depan pc. paling menyentuh perasaan tengok member sebelah terlena layan youtube. tergerak gerak bibir dia. konon manjalah tu!

malam ni aku rindu OAG. aku tak pasti kenapa. mungkin sebab Radhi comel.

ok. aku tak hairan kalau gadis gadis kata suka OAG sebab Radhi comel. aku yang ada janggut pun mengaku suka OAG sebab rambut Radhi cantik. jangan ketawa kuat kuat.

jadi sebenarnya;

berapa orang lelaki yang suka OAG sebab melodi muziknya?

ramaikah lelaki yang suka OAG sebab unik susun atur perkataan liriknya?

jadi kenapa perlu ada lelaki yang rasa jengkel saat melihat perempuan menyarung jersi Manchester United? lelaki sombong!

aku tak tahu nak cakap apa. ramai kata lelaki punya ego setinggi empat belas kali KLCC. akui aku memang tak pandai untuk ego. walau sebenarnya aku ni malas nak ambik pusing hal hal remeh macam tu. bagi aku senang saja. hormat dengan semua orang. buat apa nak ego ego. baik menari A Go Go. tangan kiri cekak pinggang. tangan kanan tunjuk langit!

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5102950608597645500.post-85839806187384361602009-04-10T15:06:00.000-07:002009-04-10T15:30:48.869-07:00AIZU -2 in ONE
yeah. aku bermula dengan Aizu kerana desakan paling kuat dari dia. Jay pun ada desak_desak juga tapi masih dalam kawalan. Amar pulak antara suruh dan tak suruh. Tapi bahasa badan dia aku paham. Memandangkan Aizu paling berumur antara semua, aku mula dengan blog dialah. Yang lain kena tunggu giliran. Oh, blog aku adalah respon atau komen dari tulisan blog korang.

'2 in ONE'- Tiba_tiba ada banyak daun gugur kena aku. Matahari sinar cantik. Rama_rama terbang senang. Burung_burung nyanyi riang. Air terjun bunyi melodi Belaian Jiwa. Bunga kembang senyum cantik. Nampak atas pelangi Dewi cinta main alat muzik. Teka aku lewat perasaan Aizu ketika ini, jika tidak berbunga, paling hampir pun dia dah jadi mat bunga. Kepala aku dah nampak mamat ni pakai kemeja bunga_bunga sambil tangan kanan pegang bunga, tangan kiri pegang coklat. Itu normal manusia. Ada jiwa. Ada rasa. Semuanya begitu. Terpulang pada kau jenis apa. Jenis yang cinta senyap_senyap dalam sms-kah? Jenis yang cinta bising_bising satu dunia-kah? Ada juga yang biar kita dua saja rasa. Ada yang mahu semua orang rasa sama. Yang belum merasa, jangan jemu, hidup kena terus...

haihhhhh sebenarnya, tak lama dulu aku pernah YM dengan seorang gadis ni. Dia bertanyakan tentang hadiah hari jadi yang paling digemari lelaki. Aku tanya. Laki ni minat apa? Dia kata. Seni. Muzik. Ok. Aku cadang bagi box set The Beatles ke, box set The Clash ke, box set The Who ke, box set Ramones ke. Dia kata, laki ni melayu_melayu sikit. Tak layan muzik begitu. Ok. baru aku tahu citarasa muzik aku sungguh tinggi dan begitu mat saleh. Aku garu kepala. Aku tanya lagi. Laki ni minat bola sepak? Dia kata minat. Aku tanya pasukan apa dia minat? Dia kata Chelsea. Ok. Tekak aku dah rasa lain. Kepala aku dah terbayang Drogba kaki patah. Aku suruh dia beli figura pemain Chelsea. Dia tak mau. Dia kata suka baju GAP. Ok. Aku kata bagi la baju GAP. Gadis ni kata lagi. Laki ni suka makan. Ok. Kepala aku dah fikir laki ni badan besar dan pipi tembam. Aku suruh dia bawak laki ni tempat makan kesukaan. Dia kata dah biasa sangat. Ok. Yang seterusnya aku lupa apa lagi yang aku sembang dengan dia...hmmmm

Yaya! kenapa aku tak tanya nama budak lelaki yang suka Chelsea tu?

khairilhttp://www.blogger.com/profile/15479583033029267055noreply@blogger.com5