Ahad, 30 Ogos 2009

REBEL


Lapan langkah kaki keluar dari pintu rumah sepupu aku, senyum masih bergaris di mulut. Bukan senyum yang dibuat, senyum lebar yang menghampiri ketawa. Gila. Anak anak kucing berjalan perlahan tanpa arah tuju. Kejap ke sofa. Kebelakang ke dapur. Aku syak diorang runsing. Rumah bising dengan ketawa. Dalam runsing anak anak kucing ini tadi, aku tahu mereka sedang melayan. Itu yang diorang berjalan. Kami sedang melayan juga. Sehabis fokus. Konstruksi melodi untuk lagu raya. Rasa keroncong dengan injeksi jazz ringan; Afat berkeras ini tulen darinya ketika kami tergelak gelak gila bila padanan ritmanya sama dengan sebuah hits Nora-Di persimpangan Dilema. Single evergreen itu terusan menjadi hits untuk penghuni 2-1-5 Kondom Puncak Sri Kelana. Anak anak kucing semakin runsing.

Dah lama aku tak ke sini. Adalah yang berubah. Susun atur perabut berubah. Kucing juga berubah-dulu bulunya kembang, sekarang jarang jarang (gaya pemakan yang kurang sesuai puncanya) Perut penghuninya, si Taja dan Afat juga berubah- semakin maju ke hadapan!

Mata aku manja ke almari kaca. Dalamnya banyak cerita. Menyusun atur notasi relevan hingga menjadi gubahan melodi yang asyik. Itu kontrak sampai mati. Sangat terkesan dalam mata mereka. Normal hidup. Kalau dah mula mesti ada akhirnya. Kalau dah jumpa mesti ada hilangnya. Kalau dah bertemu mesti ada pisahnya. Memang pedih untuk menerima, tapi hidup jangan dibiar merana. Hidup harus bergerak, tak kisah ke depan, ke kiri, ke kanan. Boleh memandang ke belakang, tapi bergerak ke belakang tidak di galakkan ye. Jeling sikit.

Aku lihat itu dalam gerak gaya fikiran mereka. Banyak lagi yang tergendala, tapi mereka terus bergerak. Tinggalkan yang lama, aturkan yang baru. meetUncleHussain yang baru dan Azlan & the Typewriter, untuk dua duanya semoga berjaya selalu.