Ahad, 27 September 2009

merah hatinya Disember



Satu Disember hari tu, ketika majoriti penghuni Apartment Sri Kayan mati tidurnya, aku intai tingkap, mata ke arah langit, bulan kembang penuh. Baru aku tahu impaknya- sangat tenang. Aku mandi basah yang wajib sahaja kerana dingin air yang cukup luar biasa.

Bersiap ala kadar saja. Tanpa maskara, pemerah pipi dan gincu. Lewat lebuhraya Elite, melintasi Putra Heights masih mata tertumpu bulan yang kembang penuh subuh itu. Perasaan di tengah antara melankolik atau melentuk. Tambah dengan jantannya vocal M. Nasir melagukan Kau Ratnaku. Lemahnya kaki kananku, antara pijak dan tidak pedal minyak yang sebenarnya aku lapar!

Aku disambut dengan gembira luar biasa oleh jurutol Putrajaya. Manis dengan senyum menghampiri ketawa tapi masih dalam kawal. Spontan aku tanya “kenapa happy sangat nih?”. “Shift dah habis!”, jawabnya dengan senyum sipu. Hah. Aku faham. Sangat sangat faham perasaan dia itu. Sesungguhnya memang agak luar biasa perasaan gembira jika sudah habis shift. Tak sama perasaan yang berkemeja dan berseluar licin yang waktu kerjanya 9pagi hingga 5petang. Boring!

Bangun awal, bulan kembang penuh, senyuman pembunuh jurutol Putrajaya, permulaan hari yang baik kan? Lebih tepat lagi permulaan December yang sangat bunga bunga. Masa tu, ketika babyblue aku membelok ke Cyberjaya, semacam masuk ke dunia yang satu lagi. Satu dunia yang kiri dan kanannya penuh dengan ros merah yang mengekstrakkan cecair merah menjadi sirap paling istimewa. Perempuannya cantik bersama Silky Girl lambang remaja selamanya. Lelakinya tampan dengan set Nivea. Aku bingung tapi pasrah terus memandu. Itu imaginasi palsu buat perut tahan lapar.

Aku tak pasti teori ciptaan siapa, tapi December sering di kait dengan bulan gembira. Bulan yang dari hari satunya hingga ke hari tiga puluh satunya akan di isi dengan cerita cerita gembira. Dari bonus gaji, cuti sekolah panjang, tamat SPM, musim akhir bercinta kepada kahwin dan lain lain hal gembira.
Lihat gambar atas untuk contoh paling dekat. Dua orang sama jantinanya berkongsi perasaan gembira. Mereka punya matlamat dan rasa yang berkongsi sama; kakak dan adik ;p

Ogos yang dulu, adalah satu malam tu kami ke Urbanattic. Amar dan sorganina adalah tujuan utama tapak kasut kami jejak di sini, unit muzik dengan citarasa pop rock moden. aplikasi garis melodi yang senang untuk telinga pendengaran umum. cerita lirik kehidupan lebih ringkas hubungan manusia dengan manusia atau lebih universal dengan sekeliling yang akhir sekali terpulang bagaimana mata otak individu menterjemah tanpa sebarang tekanan luar.

Di satu sudut meja bulat besi dengan kerusi besi tinggi, berhimpun kami di situ. santai. sangat manis. lebih lebih lagi bila yang sorang lagi tu rasa yang sama. serabut Afja Tuhan saja yang tahu. resah dia hanya Venus yang tahu. baju bola Manchester United ukuran kecil versi wanita, semua tempat di cari, habis. tak kecewa. tahi bintang yang jatuh, Cupid mini keliling kepala bila akhirnya terhasil pencarian. "Itu pun tinggal yang display!", kata Afja. kami senyum saja sambil tekak merasa dingin teh pudina. tenang suasana bila jarum jam gerak ke kiri melepasi 4 Ogos, lalu menemui 5 Ogos. asyik memang asyik kawan! setingkat lagi naik umur dia. setapak kedepan lagi impian dia. sejuta lebih lagi senyum Afja disamping berbillion sorak suara bintang riang.

Zhafney, nampaknya riak tasik Putrajaya bakal menjadi saksi penting. aku dan kau. kita naik bot keliling tasik dan untuk sebentar singgah di pulau pulau buatan. mesti jadi momen yang indah bawah redup matahari atau terang bulan. yang tersadis bila Afzar, eh sori Afja tidak akan bersama kita lagi, mungkin.

Aku, bukan aku, kami yang lain semuanya bingung memikirkan persoalan yang di biar tanpa jawab oleh Zhafney dan pasangan. Tebal ego tanpa pasti mahu di tuju untuk siapa. Dua dua muka cantik menarik, jangan sampai terlepas ke orang lain yang lebih cantik menarik. Apa pun kami doa yang terbaik. Jika berdua bersama, kami sorak gembira. Jika sorang sana sorang sini, kami tetap kawan sampai bila bila. Tak ada pilih kasih dan jangan berhenti berkasih.

Cinta patutnya lutsinar. Biar dia yang kita cinta kekal dengan dunianya. Jangan cuba cuba jadi raja dalam hidupnya. Manipulasi cinta sebaiknya supaya kedua kita rasa gembira. Bijaklah bila bercinta, jangan sampai buta dan jadi raja drama.

Jumaat, 4 September 2009

Dalam Debu Ada Dorayaki (Cekelat, kaya dan kacang merah)

Aku agak teruja dengan aktiviti petang itu. Bon Odori- satu yang baru bagi aku. Melihat orang Jepun dengan tradisi mereka. Tak kurang gadis kimono asli yang manis belaka. Tiba tiba teringat Sin Chan -hidungnya berdarah demi melihat perempuan. Kesian kau kena sumpahan gadis seksi!

Stadium Panasonic. Babyblue cantik aku letakkan di suatu tempat yang sangat terbaik. Aku bergerak dengan gadis gadis kimono, menuju ke tempat Aizu. Mana ada jauh, lebih tepat lagi tak rasa jauh sebab aku leka bertukar senyum dengan gadis gadis kimono asli dan yang tak asli.

Aku gagal mendapatkan kawan lama waktu sekolah menengah dulu. Kerjanya jurutera elektronik di kilang Panasonic ini. Berada di Genting dan tak tahu pon ada aktiviti di kilangnya itu. Kau memang mangkuk tanah liat Pek! Mamat ni, ketua tingkatan kami masa tingkatan 5 dulu. 'Biar tak hensem, janji pakai Levi's' itu moto hidup dia.

Aizu, Jay dan Yaya. Ye Yaya si cinta hati Aizu pun ada kali ini. Amar, macam biasa lambat. Memang sinonim lambat dengan dia. Datang dengan DY. Jadi kami berenam, tiga pasangan. Aizu dengan Yaya. Amar dengan DY. Aku dengan Jay. Masa kami lalu tengah tengah padang, aku dapat rasa beratus pasang mata aneh melihat kami, ya pasangan aku lelaki! Tak sesadis waktu aku menonton wayang gambar The Proposal dulu. Aku nonton berdua dengan kawan lelaki. Kami gelak paling kuat dan bila tamat cerita, lampu dipasang, Maha Besar Tuhan kami dua saja yang sejenis. Orang sekeliling dengan mata terbeliak ngeri bagaikan aku mencium manis bibir kawan lelaki aku tadi! Apa ingat lelaki tak boleh keluar berdua dengan lelaki?!!

Macam biasa makanan keperluan utama. Tak selesa. Sungguh sungguh tak selesa! makanan dalam kuantiti debu yang menggunung beterbangan. potong terus. Dengan pengetahuan terhad makanan Jepun, aku dan Jay belasah saja Dorayaki. Nasib kecik kecik dulu kipas mati Doraemon. Tekak basah dengan sebotol Green Tea campuran perisa Apple. Terbaik!

Matahari hampir pulang, bulan hampir datang, bintang masih ego menegur. kami tersepit, tercelah, dalam bulatan manusia, mereka mencuba, tapi ada yang sudah fasih dengan gerakan penari atas pentas, kami belum terjebak tapi keinginan nampak segar, muka Aizu membayangkan itu, dengan Yaya turut cuba terjebak, aku macam biasa -malas. Yang di atas pentas tekun mendengar, mengawal gerakan badan agar nampak sama dan senada dengan lagu yang berkumandang. Tarian yang kadangnya gemalai intronya dan keras pada outronya. Ada rahsia, ada cerita pasti dalam semua gerak itu.

Aku tetap statik ketika keliling aku sudah berkali kali bertukar wajah manusianya. Ada yang sengih sengih pandang aku yang kayu di situ. "Tengok apa? tampar kang!", aku berkata tapi dalam hati malu. Ok Ok. Aku cuba walau tahu bakat memang tak pernah ada untuk aku dalam bidang tarian. Memang tak ada langsung seni tarian dalam darah aku. Paling busuk pun gerak lenggok tangan -dikir barat. Itu pun masa sekolah dulu. Lama dah.

Sedang aku 'fokus' menyeragamkan gerak tangan kaki dengan penari atas pentas, beberapa orang dari kami terserempak dengan kawan kawan Suraya, lebih tepat lagi kawan kawan sekolahnya, lebih lebih tepat lagi calon calon SPM 2009 -Farra RXU dan Aqqa (hai semua!) Aku hampa, gerak badan aku yang hambar. Aizu Yaya tenang masih mengikut. Janji aku cuba, walau dengan gerak hampeh. Aku berhenti tarik nafas, hembus, teguk oksigen. Dada aku sesak, rasa billion debu menghinggap intim. Sumpah aku rimas, badan aku panas. Perut mula culas, kami gegas dengan diskusi penting dan satu solusi yang muafakat -makan.

Kami gerak ke kereta masing masing. Aku macam biasa, baik hati saat terdengar Amar mengeluh jauh keretanya di parking. Menawarkan khidmat babyblue kepada Amar dan Dy yang sebenarnya dah lama aku fikir benda ni, sejak aku parking babyblue aku masa datang tadi. "Mangkuk, gila jauh, lalu tiga jenis kubur pulak tuh!", bebel aku dalam hati tapi bibir maintain kuntum senyum pada gadis gadis kimono depan mata. Jadinya bila delegasi Amar setuju tawaran aku, serta merta atas kepala aku terkeluar mentol cahaya terang. Yes! selesai sudah masalah. Makanya dengan kekuatan enam batang kaki, kami melangkah gagah menerobos gelap malam dengan bintang atas kepala terkelip kelip indah merai 'kejayaan' aku.

Syukur tuhan Kau buka hati Amar, tak ada masalah dengan DY yang lebih kepada pengikut saja malam tu. Kalau Amar ke kiri, maka ke kirilah DY, kalau kekanan, maka kekananlah DY, tak ada sikit pun terpesong darjah arahnya dari punggung Amar. Sori. Sungguh sungguh aku sori. Aku bukan nak kenakan korang, tapi aku yakin korang lagi tak sanggup tengok kawan korang yang come lote ni kena sergah dengan hantu india, tak pun kena sampuk dengan hantu cina yang melompat lompat, tak pun kena rasuk dengan hantu melayu yang mengilai. Korang tak sanggup kan? Haaa aku tahu korang sayang aku kan? ok itu dah lebih, bulu roma mula naik tegak, tengkuk aku di tiup tiup angin kipas atau...ok ok aku memang fobia trauma dengan gelap!

Enam perut yang beza saiz dan kemampuan mampatan makanan minumannya terisi dengan sopan di Kopitiam Pak Li sambil di serikan dengan koleksi teka teki mencabar minda. Maksud aku teka teki yang nampak intelektual pada soalannya tapi sedih jawapannya yang luar minda manusia biasa, yang jika di bawa ke mahkamah pasti akan kalah lantaran jawapan yang boleh di persoal. Sudahnya kami ketawa saja. Ikan apa paling besar di dunia? Bagaimana untuk memasukkan seekor gajah kedalam perut manusia?

Kami pulang semuanya bila kadar kepekatan gelap malam itu semakin meninggi dengan dingin angin seakan mampu membekukan badan.

Sedar yang mata aku mula menutup sesaat mendengar dengkuran indah bilik sebelah...











Ahad, 30 Ogos 2009

REBEL


Lapan langkah kaki keluar dari pintu rumah sepupu aku, senyum masih bergaris di mulut. Bukan senyum yang dibuat, senyum lebar yang menghampiri ketawa. Gila. Anak anak kucing berjalan perlahan tanpa arah tuju. Kejap ke sofa. Kebelakang ke dapur. Aku syak diorang runsing. Rumah bising dengan ketawa. Dalam runsing anak anak kucing ini tadi, aku tahu mereka sedang melayan. Itu yang diorang berjalan. Kami sedang melayan juga. Sehabis fokus. Konstruksi melodi untuk lagu raya. Rasa keroncong dengan injeksi jazz ringan; Afat berkeras ini tulen darinya ketika kami tergelak gelak gila bila padanan ritmanya sama dengan sebuah hits Nora-Di persimpangan Dilema. Single evergreen itu terusan menjadi hits untuk penghuni 2-1-5 Kondom Puncak Sri Kelana. Anak anak kucing semakin runsing.

Dah lama aku tak ke sini. Adalah yang berubah. Susun atur perabut berubah. Kucing juga berubah-dulu bulunya kembang, sekarang jarang jarang (gaya pemakan yang kurang sesuai puncanya) Perut penghuninya, si Taja dan Afat juga berubah- semakin maju ke hadapan!

Mata aku manja ke almari kaca. Dalamnya banyak cerita. Menyusun atur notasi relevan hingga menjadi gubahan melodi yang asyik. Itu kontrak sampai mati. Sangat terkesan dalam mata mereka. Normal hidup. Kalau dah mula mesti ada akhirnya. Kalau dah jumpa mesti ada hilangnya. Kalau dah bertemu mesti ada pisahnya. Memang pedih untuk menerima, tapi hidup jangan dibiar merana. Hidup harus bergerak, tak kisah ke depan, ke kiri, ke kanan. Boleh memandang ke belakang, tapi bergerak ke belakang tidak di galakkan ye. Jeling sikit.

Aku lihat itu dalam gerak gaya fikiran mereka. Banyak lagi yang tergendala, tapi mereka terus bergerak. Tinggalkan yang lama, aturkan yang baru. meetUncleHussain yang baru dan Azlan & the Typewriter, untuk dua duanya semoga berjaya selalu.



Jumaat, 24 Julai 2009

30jam bukak mata, lampu isyarat warna pink!

fuh fuh aku tiup debu debu yang menghinggap di sini. gila lama tak ada perasaan yang sesuai punca tempat ini senyap. maaf blogger.com! ;p

Insomnia Dalam Kawalan
aku tak tahu maksud itu. yang aku tahu malam sebelum itu aku kerja malam. di luar belah atas langitnya bulan macam biasa; tembam senyum, di pagar bersepah bintang yang terusan kelip riang nyanyi konon ejek aku- orang malam tidur, kau malam kerja!

situasi sistem jaringan TIME dotcom malam itu begitu mesra pekerja. tanpa sebarang gerak laku aneh. kondisi sesuai menonton koleksi dvd ;p

Jam 12 Rumah Aizu
aku sampai awal. sangat awal sebab masa tu Aizu pun tak ada di rumah. aku malas nak lambat. nanti ada orang "Grrh, I should have gone back to sleep cause 'someone' was late!!". awak sweet kan? ;p

aku hilang perkiraan darjah condong matahari sewaktu BabyBlue aku bergerak. Jay yang pandu. BabyBlue, bukan tak sayang. tapi takut terlebih sayang. bukan curang jauh sekali buang. cuma beri peluang dan ruang. jadinya aku duduk di belakang dengan niat untuk lelap mata. kepala dah gila pusing. mata melawan arah jam. tak berjaya pejam mata =(

Got Urbanscapes. Got Life.
tahun ni biasa biasa saja bagi aku. entah. mungkin aku tak fokus. kepala pusing! tambah tak banyak yang menarik mata aku. hati apa lagi. orang memang bertambah. baju yang mereka pakai berkurang saiz kainnya. krisis ekonomi mungkin. barulah kuala lumpur kan?

kami melintasi 'X-Marketplace' ke pintu masuk. Amar DY sedia tunggu dengan tiket. masa ini ramai yang tak sedar, tapi aku sedar. ada brader muka gila garang. gila aku tak suka! tapi dia buat aku gelak kerana telah membezakan 'seseorang' dengan kami semua! awak sweet kan? ;p

kami terus masuk. ruang legar utama berkumandang lagu dari Monoloque lengkap dengan visualnya. terus ke 'The Box'. memang cantik. sesuai untuk kami yang berpanas tadi. suhu badan kembali normal. Rashdan Harith beraksi dengan vokal penuh karisma bersama hits 'Matahari'.

Kami nonton sekejap filem 'Sumolah' di 'The Cinescapes Stage'. aku tertarik dengan '24HR KL Photography Project' di luar. kami berjumpa dengan jejaka dan gadis yang menjual poskad. olahan fotografi yang cool belaka. aku tak beli. diorang beli.

Pop Shuvit buat crowd jadi gila. pentas 'The X-Lawn' kami layan. sistem bunyi yang biasa. tak seimbang. tapi cukup untuk tonjolkan vibe pentas. Yuna naik pentas. kami turun makan. kami datang balik. Telebury dengan hits klasiknya 'God Speed Your Love'. Lagu gila masa kolej dulu. aku main main lagu ni sejak dari zaman dewan cina. dia dengan kamera di dada. duduk makan semeja. baliknya dalam kereta terus pasang lagu ni. /your beautiful smile/your beautiful eyes/full of colors/see you again/can I meet you again?/ terimakasih tuhan sebenarnya aku jumpa dia lagi! tapi tak sedar. tak perasan. sama sama berteduh bawah khemah KFC masa hujan, duduk di tepi pentas menunggu Incubus. itu Sunburst 2008. aku snap gambar dia dengan kawan kawan lain di kerusi besi sakit bontot tepi tasik. penuh penghayatan. itu Urbanscapes 2008. gila lama baru sedar. rupanya itu dia, yang berkamera di dada, duduk makan semeja! hang memang sengal khairil! ya, aku memang sengal dan mangkuk! eh eh gila lari dari topik. maafkan hamba penunggu busut!

ehem ehem. ok kita sambung. masih di pentas 'The X-Lawn'. NAO menampilkan kawalan instrumen yang bagus. permainan penuh teknikal. lagu lagu yang tanpa vokal. cool. aku rasa Zhaf paling puas hati hari tu. dapat salam dengan drummer Pesawat! mereka semakin membesar. semua lagu di sambut baik bersama crowd. depan pentas sekali lagi kucar kacir.

Damn Dirty Apes! gila weh~~
kami bergegas ke 'The Cinescapes Stage'! aku sorang sebenarnya yang semangat. aku setuju pergi tahun ni sebab band ni lah. satu lagi unit muzik yang aku gila sejak zaman kolej. muzik dia buat aku terbang. sama macam coke kau minum dengan ubat batuk! betul tak tipu! betul tak tipu! betul tak tipu! betul tak tipu! susun atur muzik yang membina lanskap cantik. membuai jiwa. terbang tinggi weh!

USJ2 Kembali
kami makan dan bergambar lagi. kami gerak. sumpah aku rindu BabyBlue. kau rindu aku tak? gila. aku pandu kau. jangan malu, aku tahu kau tahu. kami bergerak membelah kuala lumpur. lampu isyarat warna pink. aku hairan. tapi malu nak tanya Zhaf. kau nampak apa yang aku nampak tak? itu belum aku bagi tahu dia, tadi aku nampak Maria Ozawa makan mee goreng. mau melompat mamat tu kang.

sampai USJ2. kami semua berpisah. tak semua pon sebab aku Aizu Zhaf, kami ke Anggerik. makan lagi kan? dari jauh Afzar macam Aaron Aziz dengan aktress korea la pulak. aku lupa nama. Fais Yum dan adik Yum join kami. Fais kasual. Yum kuala lumpur.

BabyBlue, Vios hitam dan McD
pulang ke Shah Alam. hampir tercium bontot Vios hitam. gara gara melayan Rasional Emosional Pesawat di X FM. gila nasib. BabyBlue aku selamatkan ala Gerak Khas the Movie. aku elak ke kiri. nasib tak ada kereta. aku pandang Vios hitam sebelah mata. tak puas hati. ceyyy padahal salah aku. khayal. aku singgah McD legakan debar di dada. dua pie apple dengan milo panas. makan lagi =(

Mikaela
esoknya jam 11pagi dah bangun. terus ikut Aizu dengan Fais layan Transformers. kali kedua aku menatap Mikaela. terus ke Makbul. makan. lagi =(

**kredit paling utama untuk AmarDY yang comel! duit tiket hari itu ke nasi goreng, mineral water dan coke. gila gila terimakasih yahhh ;))
**Jay kerana memandu BabyBlue. tq man. sumpah aku memang tak larat hari tuh!
**Zhaf kerana jadi co-pilot. ;p
**Aizu untuk tembakan menarik. ;)
**Suraya untuk panadol ;))
**kepala otak khairil yang masih ingat semua benda dan tangan khairil yang rajin menaip!

Jumaat, 3 Julai 2009

SHAH ALAM 360darjah (akhir)

ShahAlam>USJ2
malam tadinya sewaktu bulan senyum cantik, bintang kelip riang, mata aku terpejam elok sekitar 3 pagi.

"esok jangan lupa, tadi ada Sue pun boleh lupa, esok tak ada Sue lagi lah!", pesan Aizu. aku gelak saja. malam ni kena tidur awal. tapi tak berjaya. 3pagi aku tidur...

ya! aku berjaya awal pagi ni. atas katil Aizu aku tunggu dia mandi. kami gerak selepas satu bungkus nasi lemak segelas air oren. tq bro! walau aku tahu dia impikan lebih satu bungkus. apa boleh buat, sapa suruh offer kan? ;p

USJ2>DamansaraPerdana
kereta tak banyak. jalan lancar. kalau ada halangan pun tipikal pemandu Malaysia yang tukar lorong ikut suka. wira Aizu meluncur sederhana laju seirama dengan trek trek EP terbaru Komplot.

dari Komplot aku mainkan cd Nidji. bontot dah kematu. kami gerak terus ke klinik selepas Aizu menerima borang perubatan. berbakul jugaklah dengar Aizu membebel pasal Irene sengal. "nasib baik comel", komen Aizu. aku gelak saja.

PelangiDamansara>KompleksMutiara
tenang dan senang kondisi klinik. peluang pulang awal begitu cerah ;)

pelik pulak aku tengok orang medical check up kat luar. nasib orang tak ada. tambah pelik melihat berat badan Aizu. bukan berkurang tapi bertambah! semalam yang tak memberi kesan. lagi best skala untuk ukuran tinggi klinik tu tak cukup nak ukur ketinggian dia! Jururawat tu nak ukur pakai pembaris pun terpaksa jengket kaki!

PlazaSiarraMas>KompleksMutiara
kami tersalah bangunan, tapi itu biasa. bukan senang nak senang. kami hampir tersalah bangunan lagi gara gara...

"selepas traffic light ketiga, u nampak Kompleks Mutiara sebelah kanan", yakin seorang gadis india. dari mata dia, nampak cahaya konfiden. sayang sekali. cahaya konfiden makin samar. kami seperti jerangkap samar yang nak meletup. lepas traffic light ketiga ada lagi tiga traffic light. baru nampak bayang KompleksMutiara. aku segar. Aizu semangat.

kami macam terperangkap dalam pusaran puting beliung untuk ke parking. otak terpusing, perut terkeluar. kami turun ke tingkat bawah. tangga elektrik manual membawa kami ke kedai payung.

Aizu takjub. aku cool. gila banyak saiz payung. kami dilayan tipikal penjual dengan pembeli oleh Irene. ini tak sama dengan Irene yang Aizu. ini Irene yang lahir zaman Perang Dunia ke 2.

kami gerak selepas Aizu berjanji dengan semua alat alat fotografi dalam kedai itu untuk kembali lagi.

KompleksMutiara>USJ2
cepat bergerak kejar sembahyang Jumaat. perut aku mengeluarkan bunyi kurang senang. Aizu pun sama, cuma dia susah nak terus terang. kami sepakat, lepas Jumaat isi perut!

USJ2>PutraHeights
kami ke PutraHeights dengan payung baru Aizu. di khabarkan orang di sana ada barang baru juga. jemput Suraya teman kami makan di satu satunya shopping mall terkemuka di PutraHeights iaitu Giant!

ruang tamu rumah Suraya di transformkan menjadi studio fotografi. eksperimentasi barang baru bersama 1901 dan vanilla coke! semua lancar. semua puas hati. perut kenyang. hati riang. kami pulang.

USJ2>ShahAlam
aku dah tak larat. penat semalam membawa ke hari ini. aku aneh. selalunya bila aneh aku akan lapar. sudahnya sebiji burger daging, sebatang hot dog dan sebotol vanilla coke aku tapau untuk sesi makan ringan ringan.

langit cantik, selamat tinggal matahari, selamat datang bulan bintang, bila aku parking kereta. dua hari yang mengujakan ;p

tengs Aizu untuk tembakan, foto, video menarik
tengs Jay untuk tembakan, foto menarik (rambut kau paling kemas antara semua lelaki hari tu)
tengs Amar DY untuk tembakan, foto menarik, (ada korang, indah suasana)
tengs Suraya untuk tembakan, foto menarik, cermin rambut ;p
tengs Khairil cukupkan korum ;))
tengs korang!


Sabtu, 13 Jun 2009

SHAH ALAM 360darjah

ShahAlam>USJ2
Seperti selalu, pagi itu matahari setia dengan cahaya riangnya. Aku belek si seksi hitam merah. 2 panggilan tidak berjawab dari Aizu. Hmm. Aku syak Aizu nak kejut pagi Yaya tapi tertalipon aku. Aku gelak. Ada point nak bahan. Brader lovvvv.Tiba tiba! Tapi apasal sampai dua kali? Aduh!!

Jam dah 9 pagi. Baru teringat hari ini ada jalan jalan keliling kota. Aku mandi secukup rasa. Terus pecut!

"Aku dekat traffic light Summit", aku bagitau Aizu.
"Haa cepat sikit, Sue dah tak sabar!", kata Aizu.

Sori lah. tak ingat langsung ;p

USJ2>Carrefour>KomuterSubangJaya
Kami parking di F1, Carrefour. Bilang si Aizu, 10 jam pun tak apa. Percuma! Aku senyum lebar. Sampai atas, penyakit lama menyerang.

"Err, aku dah lock kereta ke?". Semua pun blur. Sudahnya aku turun balik. Yeah! semua terkunci elok. Naik atas balik...

Naik komuter goyang goyang. Gila sejuk. Kami sembang rambang, ketawa gelihati, ada mata yang perhati, apa kami peduli. 

KLSentral>CentralMarket
Sarapan di McDonald. Aku hairan, Aizu tak makan. Dah kenyang katanya. Tapi dia habiskan Hash Browns aku :'(. Kenyang tapi rushing. Amar Dy sudah menunggu di CM. Teruskan berjalan sambil dibantu oleh LRT Putra. 

CentralMarket>PetalingStreet>Puduraya>Maulana
Menjejakkan kaki di CentralMarket dengan peluh yang mula membasah. Tapi kami masih kental. Perjalanan masih jauh. Amar Dy kelihatannya dari jauh tidak banyak beza. Sama seperti waktu waktu yang dulu. Kalau bezapun mungkin rambutnya. Seorang lurus, seorang ikal mayang. 

Agak agak peluh tersejat sudah, punggung diangkat  sopan, kaki melangkah cermat ke Annexe. Harapan hancur. Aku malas nak cerita. Aku lekas lekas ajak gerak. Malas nak tunjuk sedih depan kawan kawan. Kami ke PetalingStreet. Sebatang jalan punya pelbagai butik. Menjamu mata hingga kenyang, walau sebenar aku dahaga. Yang lain sibuk menembak. aku sibuk menyibuk dalam setiap tembakan. Tengs korang!

Bergerak terus ke Sg. Wang untuk payung Aizu. Akhirnya Amar Dy mendedahkan sifat tak kuat mereka dengan yang pertama membeli air! Kami akur. Dalam hati aku bersorak riang. Tekak aku menangis terharu. Yang gersang kembali subur. Semangat aku kembali memuncak dengan sebotol Coke sejuk! di Maulana

Sg.Wang>KL Plaza>Pavillion
Aku kira 3 kali kami pusing di floor yang sama. Hampir semua kedai kamera di terjah dengan jawabnya semua hampa. Kami semua tak putus asa. Termasuk aku yang turut tercari cari tali pinggang baru buat menampung saiz perut yang terbaru ;(

Aizu mencadangkan sebuah kedai di KL Plaza. Kami ikut saja. Masuk masuk. Sekali lagi hampa. Bukan saja payung yang tak ada. Kedai dia pun dah tak nampak bayang. Aku syak Aizu main tipu sebab KL Plaza air cond dia sejuk lain macam. Dia cipta alasan untuk keringkan peluh, hilangkan penat. Ok. Kau berjaya ;p 

Macam biasa sebelum masuk ke Pavillion, mereka sibuk menembak, aku sibuk menyibuk. Tengs korang! ;)

Pavillion>Sg.Wang>Lowyat
Kami berhenti makan di sini dengan pemandangan sisi jahat. Tak ada makanan yang menarik perhatian aku melainkan ABC Mangga. Ais kacang dengan hirisan mangga segar ;) Jay fokus dengan mee nya, sebelum dia hilang untuk seketika ke tandas. 

Amar tidak ketinggalan; 
"Aku nak berak kejap". Kami normal angguk senang.
"Amar memang selalu macam tu". Dy bersuara. Aku dengan Jay pandang Dy terus.

Masa ni semua benda dah jadi warna pink. Bunga bunga ros tumbuh segar. Bauan vanila dan kayu manis menusuk hidung. Hujung bukit anak sungai ada pelangi cantik. Latar belakang lagu cinta genre jazz. 

"Kalau dating mesti berak. Kadang kadang bosan tunggu sorang sorang. Kalau dia cakap lambat sebab tadi berak, baru lega sebab nanti tak da la tunggu dia berak". cerita Dy antara ceria dan segan. Kami yang dengar, simpati tapi teruja dengan nasib Dy. Sungguh itu situasi romantik seumur hidup aku. Sekurang kurangnya Dy belajar sesuatu dari Amar. Paling penting mereka gembira bersama!

Di Sg.Wang Aizu terus dengan payungnya dan aku dengan tali pinggangku. Kami berjalan dengan mata awas memerhati. Aku temui tali pinggang impian di FOS. Aizu masih termanggu buntu dengan payungnya. Harap harap di Lowyat dia bertemu dengan payungnya. Sekali lagi hampa. 

LowYat>HangTuah>MasjidJame'
Dengan Monorel kami ke StesenHangTuah. Dengan LRT Star kami ke StesenMasjidJame'. Jarak yang tak munasabah sebenarnya. Tapi semua dah tak larat nak patah balik jalan kaki. Belasah saja ;p

CentralMarket>DayaBumi>PejabatPosBesar
Perjalanan ke CentralMarket dihiasi dengan efek khas. Angin kuat dengan bunyian guruh. Hujan masih segan nak turun. Aizu masih tak putus asa dengan payungnya. Terus mencari. Ketika mencari. Diluar hujan turun dengan suka hatinya. Kami berlari anak ke bangunan DayaBumi terus ke PejabatPosBesar terus ke StesenKualaLumpur dengan baju yang basah belum lenjun.

StesenKualaLumpur>StesenSubangJaya>Carrefour
Komuter bergerak perlahan, sedih meninggalkan KualaLumpur ;( 

Naik komuter goyang goyang. Gila sejuk. Kami sembang rambang, ketawa gelihati, ada mata yang perhati, apa kami peduli. Tapi kami terpeduli seseorang yang bila tiba di StesenSubangJaya rasa ingin terus ke Toys"R"Us ;p 

Masa ini aku dah lemau, tapi masih cergas ke destinasi seterusnya. "Engkaulah destinasiku" ;p

SubangJaya>PutraHeights
Keluar parking aku berdebar, manalah tahu tiba tiba kena sekat kat boom gate. Bayar bayar. Oh Tak lah. Ternyata percuma! Aku senyum girang walau disakat Aizu ;) Terus ke teratak Suraya dalam kondisi jerebu dengan jarak penglihatan bawah paras normal. 

Kami berhenti sebentar demi dua bungkus air kelapa muda. Terus bergerak melintasi padang yang tandus, tapi meriah langitnya dengan layang layang. 

PutraHeights>USJ2>ShahAlam
Tak lama di sana. Terus pulang ke USJ2 untuk menghantar Aizu dan Jay. 

Klimaks untuk hari itu, gaya Jay tidur di snap kemas oleh Aizu ;p

Sampai ShahAlam aku terus tapau hotdog dan benjo dengan sebotol Coke 250ml. 

oh-esok ada date lagi dengan Aizu ;p boleh bergaya dengan tali pinggang baru ;))

Ahad, 7 Jun 2009

PUTRI -I have insomnia

Ah. sumpah aku benci rasa rasa yang begini. kemana hilang rasa sensasi tidur malam aku? oh ini pasti gara gara di kolej dulu. jam 11 malam baru bangun tidur, membawa ke 8 pagi terus ke kelas. balik kelas terus tidur sampai jam 11 malam. hari hari beb! sudahnya sampai sekarang aku susah nak tidur malam! nasib badan :(

Pagi Ahad Yang Binggung
macam biasa bangun pagi aku bila matahari satu jam lagi bergerak ke 12 tepat. terimakasih juga kepada jiran aku yang bersungguh ketuk ketuk dinding bilik. aku tak ada idea apa yang jiran aku nak gantung kat dinding dia. yang pasti aku sakit hati!

Aku Memang Rajin
hampir 10 minit jugalah aku termenung di katil terlayan mp3 Cherrina dan Semuanya OK nyanyian KRU. ok, hari ini kemas bilik, basuh baju, gosok baju dan masak air. semuanya berjalan dengan lancar bergaya. hari cemerlang aku di sudahkan dengan pelawaan pizza secara percuma oleh teman serumah. terimakasih weh!. "baik makan pizza dari makan hati"-twitter

karektor rajin aku tak habis di situ. dengan senang hati aku memanjakan MyviBiru aku ke sebuah spa yang pekerjanya cukup hensem ;p tiba tiba...

"brada lov, mlm ni 8pm" sms dari Aizu. aku rasa lain macam. aku balas...

"8pm di rumah ko ke atau di murni ke atau di putra height ke? ;p" aku tak ingat dia balas apa. aku terus mandi wangi dari hari hari biasa....

Tersudut Dalam Lif!
dalam aku berjalan ke lif. aku sempat berlalala ikut irama Cindai. memang cantik masa aku sampai, lif sedia tunggu aku. senyum lebih kurang kat pakcik dan makciknya yang sedia ada dalam lif, pintu lif pun tutup. 5 4 3 2 dan 1. aku dah rasa lain macam. makcik tu mula pandang pandang aku. aku malas nak pandang balik. gila apa main mata dengan bini orang. depan suami dia pulak tu! lif dah sampai tingkat paling bawah. tapi pintu dia degil nak terbukak. pakcik tu aku tengok 3 4 kali tekan loceng keselamatan. aku dah berpeluh. panas beb! untuk tidak menimbulkan sebarang pra sangka. aku segera sms Aizu...

"lambat sikit..lif rumah aku rosak!" aku gila geram. peluh abih. mekap dah lama cair. bau tulen lelaki dah mula keluar...

entah apa ajaibnya sms Aizu, lepas je dia balas sms aku, terus pintu lif terbuka! aku tengok gila ramai yang tunggu. haih

seMurni RibenaLaici
kami bergerak ke rumah Anies yang sopan ;) terus ke Murni SS2, sampai terus pesan air. nak pesan makan kami sepakat tunggu Amar dan kekasih hatinya. aku syak mesti gila best kalau dating dalam kereta sebabnya perut Aizu dah hampir hilang sabar menunggu diorang sampai. aku ok lagi. pizza petang tadi masih bersenang riang dalam perut :)


Sesuam Barlee Bidara
aku suka bahagian ni. yeah! tak terkira berapa lebar senyum Fais tadi. sumpah kau memang manis berganding dengan YumYum. korang mungkin nampak berbeza untuk beberapa perkara. tapi kimianya tetap terserlah. kami suka, sokong korang!

dari Anfield ke Shah Alam, semua pun happy!

Selasa, 2 Jun 2009

MUNZIR -cerita aku (8)

gluk gluk. itu bunyi dua teguk kopi terlebih krim masuk laju dalam tekak. basah lidah, otak segar sikit. aku hilang perkiraan. berapa kali aku gosok tangan. gila sejuk. kepala angguk angguk melayan OAG. keadaan lampu romantik. kondisi sesuai buat mata terpejam. tapi aku kental! waktu kerja kita kerja. waktu tidur kita tidur. waktu rehat, kita pergi bbq ;p

"weih kerel...twitter aku penuh ngan ko punya post je...menyanyi oag~ iskh"

Amar bising di facebook. tak dengar pun suara tapi tau dia tengah bengang. aku gelak. gila gila gelak. tapi tak keluar suara. gila apa gelak sorang sorang depan pc. paling menyentuh perasaan tengok member sebelah terlena layan youtube. tergerak gerak bibir dia. konon manjalah tu!

malam ni aku rindu OAG. aku tak pasti kenapa. mungkin sebab Radhi comel. 

ok. aku tak hairan kalau gadis gadis kata suka OAG sebab Radhi comel. aku yang ada janggut pun mengaku suka OAG sebab rambut Radhi cantik. jangan ketawa kuat kuat.

jadi sebenarnya; 
berapa orang lelaki yang suka OAG sebab melodi muziknya?
ramaikah lelaki yang suka OAG sebab unik susun atur perkataan liriknya?

jadi kenapa perlu ada lelaki yang rasa jengkel saat melihat perempuan menyarung jersi Manchester United? lelaki sombong!

aku tak tahu nak cakap apa. ramai kata lelaki punya ego setinggi empat belas kali KLCC. akui aku memang tak pandai untuk ego. walau sebenarnya aku ni malas nak ambik pusing hal hal remeh macam tu. bagi aku senang saja. hormat dengan semua orang. buat apa nak ego ego. baik menari A Go Go. tangan kiri cekak pinggang. tangan kanan tunjuk langit! 
 





Jumaat, 10 April 2009

AIZU -2 in ONE

yeah. aku bermula dengan Aizu kerana desakan paling kuat dari dia. Jay pun ada desak_desak juga tapi masih dalam kawalan. Amar pulak antara suruh dan tak suruh. Tapi bahasa badan dia aku paham.  Memandangkan Aizu paling berumur antara semua, aku mula dengan blog dialah. Yang lain kena tunggu giliran. Oh, blog aku adalah respon atau komen dari tulisan blog korang.
 
'2 in ONE'- Tiba_tiba ada banyak daun gugur kena aku. Matahari sinar cantik. Rama_rama terbang senang. Burung_burung nyanyi riang. Air terjun bunyi melodi Belaian Jiwa. Bunga kembang senyum cantik. Nampak atas pelangi Dewi cinta main alat muzik.  Teka aku lewat perasaan Aizu ketika ini, jika tidak berbunga, paling hampir pun dia dah jadi mat bunga. Kepala aku dah nampak mamat ni pakai kemeja bunga_bunga sambil tangan kanan pegang bunga, tangan kiri pegang coklat.  Itu normal manusia. Ada jiwa. Ada rasa. Semuanya begitu. Terpulang pada kau jenis apa. Jenis yang cinta senyap_senyap dalam sms-kah? Jenis yang cinta bising_bising satu dunia-kah? Ada juga yang biar kita dua saja rasa. Ada yang mahu semua orang rasa sama. Yang belum merasa, jangan jemu, hidup kena terus...

haihhhhh sebenarnya, tak lama dulu aku pernah YM dengan seorang gadis ni. Dia bertanyakan tentang hadiah hari jadi yang paling digemari lelaki. Aku tanya. Laki ni minat apa? Dia kata. Seni. Muzik. Ok. Aku cadang bagi box set The Beatles ke, box set The Clash ke, box set The Who ke, box set Ramones ke. Dia kata, laki ni melayu_melayu sikit. Tak layan muzik begitu. Ok. baru aku tahu citarasa muzik aku sungguh tinggi dan begitu mat saleh. Aku garu kepala. Aku tanya lagi. Laki ni minat bola sepak? Dia kata minat. Aku tanya pasukan apa dia minat? Dia kata Chelsea. Ok. Tekak aku dah rasa lain. Kepala aku dah terbayang Drogba kaki patah. Aku suruh dia beli figura pemain Chelsea. Dia tak mau. Dia kata suka baju GAP. Ok. Aku kata bagi la baju GAP. Gadis ni kata lagi. Laki ni suka makan. Ok. Kepala aku dah fikir laki ni badan besar dan pipi tembam. Aku suruh dia bawak laki ni tempat makan kesukaan. Dia kata dah biasa sangat. Ok. Yang seterusnya aku lupa apa lagi yang aku sembang dengan dia...hmmmm

Yaya! kenapa aku tak tanya nama budak lelaki yang suka Chelsea tu?