Sabtu, 13 Jun 2009

SHAH ALAM 360darjah

ShahAlam>USJ2
Seperti selalu, pagi itu matahari setia dengan cahaya riangnya. Aku belek si seksi hitam merah. 2 panggilan tidak berjawab dari Aizu. Hmm. Aku syak Aizu nak kejut pagi Yaya tapi tertalipon aku. Aku gelak. Ada point nak bahan. Brader lovvvv.Tiba tiba! Tapi apasal sampai dua kali? Aduh!!

Jam dah 9 pagi. Baru teringat hari ini ada jalan jalan keliling kota. Aku mandi secukup rasa. Terus pecut!

"Aku dekat traffic light Summit", aku bagitau Aizu.
"Haa cepat sikit, Sue dah tak sabar!", kata Aizu.

Sori lah. tak ingat langsung ;p

USJ2>Carrefour>KomuterSubangJaya
Kami parking di F1, Carrefour. Bilang si Aizu, 10 jam pun tak apa. Percuma! Aku senyum lebar. Sampai atas, penyakit lama menyerang.

"Err, aku dah lock kereta ke?". Semua pun blur. Sudahnya aku turun balik. Yeah! semua terkunci elok. Naik atas balik...

Naik komuter goyang goyang. Gila sejuk. Kami sembang rambang, ketawa gelihati, ada mata yang perhati, apa kami peduli. 

KLSentral>CentralMarket
Sarapan di McDonald. Aku hairan, Aizu tak makan. Dah kenyang katanya. Tapi dia habiskan Hash Browns aku :'(. Kenyang tapi rushing. Amar Dy sudah menunggu di CM. Teruskan berjalan sambil dibantu oleh LRT Putra. 

CentralMarket>PetalingStreet>Puduraya>Maulana
Menjejakkan kaki di CentralMarket dengan peluh yang mula membasah. Tapi kami masih kental. Perjalanan masih jauh. Amar Dy kelihatannya dari jauh tidak banyak beza. Sama seperti waktu waktu yang dulu. Kalau bezapun mungkin rambutnya. Seorang lurus, seorang ikal mayang. 

Agak agak peluh tersejat sudah, punggung diangkat  sopan, kaki melangkah cermat ke Annexe. Harapan hancur. Aku malas nak cerita. Aku lekas lekas ajak gerak. Malas nak tunjuk sedih depan kawan kawan. Kami ke PetalingStreet. Sebatang jalan punya pelbagai butik. Menjamu mata hingga kenyang, walau sebenar aku dahaga. Yang lain sibuk menembak. aku sibuk menyibuk dalam setiap tembakan. Tengs korang!

Bergerak terus ke Sg. Wang untuk payung Aizu. Akhirnya Amar Dy mendedahkan sifat tak kuat mereka dengan yang pertama membeli air! Kami akur. Dalam hati aku bersorak riang. Tekak aku menangis terharu. Yang gersang kembali subur. Semangat aku kembali memuncak dengan sebotol Coke sejuk! di Maulana

Sg.Wang>KL Plaza>Pavillion
Aku kira 3 kali kami pusing di floor yang sama. Hampir semua kedai kamera di terjah dengan jawabnya semua hampa. Kami semua tak putus asa. Termasuk aku yang turut tercari cari tali pinggang baru buat menampung saiz perut yang terbaru ;(

Aizu mencadangkan sebuah kedai di KL Plaza. Kami ikut saja. Masuk masuk. Sekali lagi hampa. Bukan saja payung yang tak ada. Kedai dia pun dah tak nampak bayang. Aku syak Aizu main tipu sebab KL Plaza air cond dia sejuk lain macam. Dia cipta alasan untuk keringkan peluh, hilangkan penat. Ok. Kau berjaya ;p 

Macam biasa sebelum masuk ke Pavillion, mereka sibuk menembak, aku sibuk menyibuk. Tengs korang! ;)

Pavillion>Sg.Wang>Lowyat
Kami berhenti makan di sini dengan pemandangan sisi jahat. Tak ada makanan yang menarik perhatian aku melainkan ABC Mangga. Ais kacang dengan hirisan mangga segar ;) Jay fokus dengan mee nya, sebelum dia hilang untuk seketika ke tandas. 

Amar tidak ketinggalan; 
"Aku nak berak kejap". Kami normal angguk senang.
"Amar memang selalu macam tu". Dy bersuara. Aku dengan Jay pandang Dy terus.

Masa ni semua benda dah jadi warna pink. Bunga bunga ros tumbuh segar. Bauan vanila dan kayu manis menusuk hidung. Hujung bukit anak sungai ada pelangi cantik. Latar belakang lagu cinta genre jazz. 

"Kalau dating mesti berak. Kadang kadang bosan tunggu sorang sorang. Kalau dia cakap lambat sebab tadi berak, baru lega sebab nanti tak da la tunggu dia berak". cerita Dy antara ceria dan segan. Kami yang dengar, simpati tapi teruja dengan nasib Dy. Sungguh itu situasi romantik seumur hidup aku. Sekurang kurangnya Dy belajar sesuatu dari Amar. Paling penting mereka gembira bersama!

Di Sg.Wang Aizu terus dengan payungnya dan aku dengan tali pinggangku. Kami berjalan dengan mata awas memerhati. Aku temui tali pinggang impian di FOS. Aizu masih termanggu buntu dengan payungnya. Harap harap di Lowyat dia bertemu dengan payungnya. Sekali lagi hampa. 

LowYat>HangTuah>MasjidJame'
Dengan Monorel kami ke StesenHangTuah. Dengan LRT Star kami ke StesenMasjidJame'. Jarak yang tak munasabah sebenarnya. Tapi semua dah tak larat nak patah balik jalan kaki. Belasah saja ;p

CentralMarket>DayaBumi>PejabatPosBesar
Perjalanan ke CentralMarket dihiasi dengan efek khas. Angin kuat dengan bunyian guruh. Hujan masih segan nak turun. Aizu masih tak putus asa dengan payungnya. Terus mencari. Ketika mencari. Diluar hujan turun dengan suka hatinya. Kami berlari anak ke bangunan DayaBumi terus ke PejabatPosBesar terus ke StesenKualaLumpur dengan baju yang basah belum lenjun.

StesenKualaLumpur>StesenSubangJaya>Carrefour
Komuter bergerak perlahan, sedih meninggalkan KualaLumpur ;( 

Naik komuter goyang goyang. Gila sejuk. Kami sembang rambang, ketawa gelihati, ada mata yang perhati, apa kami peduli. Tapi kami terpeduli seseorang yang bila tiba di StesenSubangJaya rasa ingin terus ke Toys"R"Us ;p 

Masa ini aku dah lemau, tapi masih cergas ke destinasi seterusnya. "Engkaulah destinasiku" ;p

SubangJaya>PutraHeights
Keluar parking aku berdebar, manalah tahu tiba tiba kena sekat kat boom gate. Bayar bayar. Oh Tak lah. Ternyata percuma! Aku senyum girang walau disakat Aizu ;) Terus ke teratak Suraya dalam kondisi jerebu dengan jarak penglihatan bawah paras normal. 

Kami berhenti sebentar demi dua bungkus air kelapa muda. Terus bergerak melintasi padang yang tandus, tapi meriah langitnya dengan layang layang. 

PutraHeights>USJ2>ShahAlam
Tak lama di sana. Terus pulang ke USJ2 untuk menghantar Aizu dan Jay. 

Klimaks untuk hari itu, gaya Jay tidur di snap kemas oleh Aizu ;p

Sampai ShahAlam aku terus tapau hotdog dan benjo dengan sebotol Coke 250ml. 

oh-esok ada date lagi dengan Aizu ;p boleh bergaya dengan tali pinggang baru ;))

2 ulasan:

Munzir CK berkata...

rupa-rupanya kau dah amik note setiap tmpt yg kita pegi eh. sangat details.

khairil berkata...

ahahahaha
aku tulis mana yg igt je...