Ahad, 27 September 2009

merah hatinya Disember



Satu Disember hari tu, ketika majoriti penghuni Apartment Sri Kayan mati tidurnya, aku intai tingkap, mata ke arah langit, bulan kembang penuh. Baru aku tahu impaknya- sangat tenang. Aku mandi basah yang wajib sahaja kerana dingin air yang cukup luar biasa.

Bersiap ala kadar saja. Tanpa maskara, pemerah pipi dan gincu. Lewat lebuhraya Elite, melintasi Putra Heights masih mata tertumpu bulan yang kembang penuh subuh itu. Perasaan di tengah antara melankolik atau melentuk. Tambah dengan jantannya vocal M. Nasir melagukan Kau Ratnaku. Lemahnya kaki kananku, antara pijak dan tidak pedal minyak yang sebenarnya aku lapar!

Aku disambut dengan gembira luar biasa oleh jurutol Putrajaya. Manis dengan senyum menghampiri ketawa tapi masih dalam kawal. Spontan aku tanya “kenapa happy sangat nih?”. “Shift dah habis!”, jawabnya dengan senyum sipu. Hah. Aku faham. Sangat sangat faham perasaan dia itu. Sesungguhnya memang agak luar biasa perasaan gembira jika sudah habis shift. Tak sama perasaan yang berkemeja dan berseluar licin yang waktu kerjanya 9pagi hingga 5petang. Boring!

Bangun awal, bulan kembang penuh, senyuman pembunuh jurutol Putrajaya, permulaan hari yang baik kan? Lebih tepat lagi permulaan December yang sangat bunga bunga. Masa tu, ketika babyblue aku membelok ke Cyberjaya, semacam masuk ke dunia yang satu lagi. Satu dunia yang kiri dan kanannya penuh dengan ros merah yang mengekstrakkan cecair merah menjadi sirap paling istimewa. Perempuannya cantik bersama Silky Girl lambang remaja selamanya. Lelakinya tampan dengan set Nivea. Aku bingung tapi pasrah terus memandu. Itu imaginasi palsu buat perut tahan lapar.

Aku tak pasti teori ciptaan siapa, tapi December sering di kait dengan bulan gembira. Bulan yang dari hari satunya hingga ke hari tiga puluh satunya akan di isi dengan cerita cerita gembira. Dari bonus gaji, cuti sekolah panjang, tamat SPM, musim akhir bercinta kepada kahwin dan lain lain hal gembira.
Lihat gambar atas untuk contoh paling dekat. Dua orang sama jantinanya berkongsi perasaan gembira. Mereka punya matlamat dan rasa yang berkongsi sama; kakak dan adik ;p

Ogos yang dulu, adalah satu malam tu kami ke Urbanattic. Amar dan sorganina adalah tujuan utama tapak kasut kami jejak di sini, unit muzik dengan citarasa pop rock moden. aplikasi garis melodi yang senang untuk telinga pendengaran umum. cerita lirik kehidupan lebih ringkas hubungan manusia dengan manusia atau lebih universal dengan sekeliling yang akhir sekali terpulang bagaimana mata otak individu menterjemah tanpa sebarang tekanan luar.

Di satu sudut meja bulat besi dengan kerusi besi tinggi, berhimpun kami di situ. santai. sangat manis. lebih lebih lagi bila yang sorang lagi tu rasa yang sama. serabut Afja Tuhan saja yang tahu. resah dia hanya Venus yang tahu. baju bola Manchester United ukuran kecil versi wanita, semua tempat di cari, habis. tak kecewa. tahi bintang yang jatuh, Cupid mini keliling kepala bila akhirnya terhasil pencarian. "Itu pun tinggal yang display!", kata Afja. kami senyum saja sambil tekak merasa dingin teh pudina. tenang suasana bila jarum jam gerak ke kiri melepasi 4 Ogos, lalu menemui 5 Ogos. asyik memang asyik kawan! setingkat lagi naik umur dia. setapak kedepan lagi impian dia. sejuta lebih lagi senyum Afja disamping berbillion sorak suara bintang riang.

Zhafney, nampaknya riak tasik Putrajaya bakal menjadi saksi penting. aku dan kau. kita naik bot keliling tasik dan untuk sebentar singgah di pulau pulau buatan. mesti jadi momen yang indah bawah redup matahari atau terang bulan. yang tersadis bila Afzar, eh sori Afja tidak akan bersama kita lagi, mungkin.

Aku, bukan aku, kami yang lain semuanya bingung memikirkan persoalan yang di biar tanpa jawab oleh Zhafney dan pasangan. Tebal ego tanpa pasti mahu di tuju untuk siapa. Dua dua muka cantik menarik, jangan sampai terlepas ke orang lain yang lebih cantik menarik. Apa pun kami doa yang terbaik. Jika berdua bersama, kami sorak gembira. Jika sorang sana sorang sini, kami tetap kawan sampai bila bila. Tak ada pilih kasih dan jangan berhenti berkasih.

Cinta patutnya lutsinar. Biar dia yang kita cinta kekal dengan dunianya. Jangan cuba cuba jadi raja dalam hidupnya. Manipulasi cinta sebaiknya supaya kedua kita rasa gembira. Bijaklah bila bercinta, jangan sampai buta dan jadi raja drama.

4 ulasan:

Unknown berkata...

wow..! demm besh glee :)ehehe

Unknown berkata...

wow karya terbaek dooo

Syamsul Adli berkata...

memang merah la disember ni

khairil berkata...

hehehe tengs korang!