Jumaat, 4 September 2009

Dalam Debu Ada Dorayaki (Cekelat, kaya dan kacang merah)

Aku agak teruja dengan aktiviti petang itu. Bon Odori- satu yang baru bagi aku. Melihat orang Jepun dengan tradisi mereka. Tak kurang gadis kimono asli yang manis belaka. Tiba tiba teringat Sin Chan -hidungnya berdarah demi melihat perempuan. Kesian kau kena sumpahan gadis seksi!

Stadium Panasonic. Babyblue cantik aku letakkan di suatu tempat yang sangat terbaik. Aku bergerak dengan gadis gadis kimono, menuju ke tempat Aizu. Mana ada jauh, lebih tepat lagi tak rasa jauh sebab aku leka bertukar senyum dengan gadis gadis kimono asli dan yang tak asli.

Aku gagal mendapatkan kawan lama waktu sekolah menengah dulu. Kerjanya jurutera elektronik di kilang Panasonic ini. Berada di Genting dan tak tahu pon ada aktiviti di kilangnya itu. Kau memang mangkuk tanah liat Pek! Mamat ni, ketua tingkatan kami masa tingkatan 5 dulu. 'Biar tak hensem, janji pakai Levi's' itu moto hidup dia.

Aizu, Jay dan Yaya. Ye Yaya si cinta hati Aizu pun ada kali ini. Amar, macam biasa lambat. Memang sinonim lambat dengan dia. Datang dengan DY. Jadi kami berenam, tiga pasangan. Aizu dengan Yaya. Amar dengan DY. Aku dengan Jay. Masa kami lalu tengah tengah padang, aku dapat rasa beratus pasang mata aneh melihat kami, ya pasangan aku lelaki! Tak sesadis waktu aku menonton wayang gambar The Proposal dulu. Aku nonton berdua dengan kawan lelaki. Kami gelak paling kuat dan bila tamat cerita, lampu dipasang, Maha Besar Tuhan kami dua saja yang sejenis. Orang sekeliling dengan mata terbeliak ngeri bagaikan aku mencium manis bibir kawan lelaki aku tadi! Apa ingat lelaki tak boleh keluar berdua dengan lelaki?!!

Macam biasa makanan keperluan utama. Tak selesa. Sungguh sungguh tak selesa! makanan dalam kuantiti debu yang menggunung beterbangan. potong terus. Dengan pengetahuan terhad makanan Jepun, aku dan Jay belasah saja Dorayaki. Nasib kecik kecik dulu kipas mati Doraemon. Tekak basah dengan sebotol Green Tea campuran perisa Apple. Terbaik!

Matahari hampir pulang, bulan hampir datang, bintang masih ego menegur. kami tersepit, tercelah, dalam bulatan manusia, mereka mencuba, tapi ada yang sudah fasih dengan gerakan penari atas pentas, kami belum terjebak tapi keinginan nampak segar, muka Aizu membayangkan itu, dengan Yaya turut cuba terjebak, aku macam biasa -malas. Yang di atas pentas tekun mendengar, mengawal gerakan badan agar nampak sama dan senada dengan lagu yang berkumandang. Tarian yang kadangnya gemalai intronya dan keras pada outronya. Ada rahsia, ada cerita pasti dalam semua gerak itu.

Aku tetap statik ketika keliling aku sudah berkali kali bertukar wajah manusianya. Ada yang sengih sengih pandang aku yang kayu di situ. "Tengok apa? tampar kang!", aku berkata tapi dalam hati malu. Ok Ok. Aku cuba walau tahu bakat memang tak pernah ada untuk aku dalam bidang tarian. Memang tak ada langsung seni tarian dalam darah aku. Paling busuk pun gerak lenggok tangan -dikir barat. Itu pun masa sekolah dulu. Lama dah.

Sedang aku 'fokus' menyeragamkan gerak tangan kaki dengan penari atas pentas, beberapa orang dari kami terserempak dengan kawan kawan Suraya, lebih tepat lagi kawan kawan sekolahnya, lebih lebih tepat lagi calon calon SPM 2009 -Farra RXU dan Aqqa (hai semua!) Aku hampa, gerak badan aku yang hambar. Aizu Yaya tenang masih mengikut. Janji aku cuba, walau dengan gerak hampeh. Aku berhenti tarik nafas, hembus, teguk oksigen. Dada aku sesak, rasa billion debu menghinggap intim. Sumpah aku rimas, badan aku panas. Perut mula culas, kami gegas dengan diskusi penting dan satu solusi yang muafakat -makan.

Kami gerak ke kereta masing masing. Aku macam biasa, baik hati saat terdengar Amar mengeluh jauh keretanya di parking. Menawarkan khidmat babyblue kepada Amar dan Dy yang sebenarnya dah lama aku fikir benda ni, sejak aku parking babyblue aku masa datang tadi. "Mangkuk, gila jauh, lalu tiga jenis kubur pulak tuh!", bebel aku dalam hati tapi bibir maintain kuntum senyum pada gadis gadis kimono depan mata. Jadinya bila delegasi Amar setuju tawaran aku, serta merta atas kepala aku terkeluar mentol cahaya terang. Yes! selesai sudah masalah. Makanya dengan kekuatan enam batang kaki, kami melangkah gagah menerobos gelap malam dengan bintang atas kepala terkelip kelip indah merai 'kejayaan' aku.

Syukur tuhan Kau buka hati Amar, tak ada masalah dengan DY yang lebih kepada pengikut saja malam tu. Kalau Amar ke kiri, maka ke kirilah DY, kalau kekanan, maka kekananlah DY, tak ada sikit pun terpesong darjah arahnya dari punggung Amar. Sori. Sungguh sungguh aku sori. Aku bukan nak kenakan korang, tapi aku yakin korang lagi tak sanggup tengok kawan korang yang come lote ni kena sergah dengan hantu india, tak pun kena sampuk dengan hantu cina yang melompat lompat, tak pun kena rasuk dengan hantu melayu yang mengilai. Korang tak sanggup kan? Haaa aku tahu korang sayang aku kan? ok itu dah lebih, bulu roma mula naik tegak, tengkuk aku di tiup tiup angin kipas atau...ok ok aku memang fobia trauma dengan gelap!

Enam perut yang beza saiz dan kemampuan mampatan makanan minumannya terisi dengan sopan di Kopitiam Pak Li sambil di serikan dengan koleksi teka teki mencabar minda. Maksud aku teka teki yang nampak intelektual pada soalannya tapi sedih jawapannya yang luar minda manusia biasa, yang jika di bawa ke mahkamah pasti akan kalah lantaran jawapan yang boleh di persoal. Sudahnya kami ketawa saja. Ikan apa paling besar di dunia? Bagaimana untuk memasukkan seekor gajah kedalam perut manusia?

Kami pulang semuanya bila kadar kepekatan gelap malam itu semakin meninggi dengan dingin angin seakan mampu membekukan badan.

Sedar yang mata aku mula menutup sesaat mendengar dengkuran indah bilik sebelah...











Tiada ulasan: