Rabu, 9 Mac 2011

Phra Ong Mahawangsa



Hari semalam yang malam, neon kotaraya yang bercahaya normal seperti malam-malam semalam terlihatlah kereta yang jumlahnya tak terkira dengan salah satu kereta di dalam banyak-banyak kereta itu tersangkutlah aku di sesak jalan raya yang menuju The Curve atau secara tepatnya, Cathay Cineplex e@Curve.

“Mula 9 malam, kita jumpa 8.30 larh”, taip bbm Waney. Aku cuba yang terbaik walau sedar apa sangatlah yang boleh di buat oleh Myvi Biru ni. Di radio aku pasangkan koleksi mp 3 Mando Diao panduan hiburkan hati.

Selesai parkir kereta, aku menelepon Zhaf yang katanya masih dalam perjalanan. Aku naik, keluar dan duduk-duduk di tembok dekat air pancut. Habis basah baju aku terkena air jatuh. Aku naik dan mendapatkan Cornetto Sundae rasa coklet. Bersidai menunggu 2 minit Waney.

Sesudu dua tak terperasan oleh aku sepasang kekasih di sebelah. Mula-mula tak kedengaran apa. Tak lama kaki aku kebas, maka telinga aku terpasang dan tertangkapkan sebaris ayat ini...

“Awak sayang saya tak”, suara merdu berhusky, secara automatisnya itu adalah dari perempuan.

Diam.

“Awak sayang saya takkkkk!”, karektor suara masih sama cuma tonasinya kali ini sedikit mendesak dengan bahagian hujung ayatnya di tekan dan dipanjangkan, dalam 5 harkat kut?

Aku terasa seperti ada muka lelaki yang sedang memerah memandang tepi aku dari ekor matanya. Malu-malu dan aku buat tak tahu.

“Sayangggg”, terdengar suara jantan macho tapi dalam nada perlahan dan kurang konfiden. Aku tahu itu suara lelaki atau dalam bahasa alam cinta, boifren.

Aku terasa dia menoleh lagi. Kali ni aku pandang kepada dia dan senyum. Dia pun senyum tapi cepat-cepat pandang depan. Aku nampak muka perempuan itu masih tak puas hati. Aku tak sempat melayan kesudahan drama itu kerana tiba-tiba Zhaf dan Waney tersengih-sengih ada di depan aku. Ya, 2 minit!

Mereka beli pop corn dan air berkarbonat Sprite juga Strawberi. Masuk panggung. Aku tak berapa fasih nak ulas filem itu. Apa yang dapat aku simpulkan dari Sepuluh markah penuh, aku tolakkan Grafik sebanyak dua markah. Keseluruhannya adalah yang terbaik yang pernah Malaysia hasilkan. Aku paling kagum dengan kostum dan prop filem ini. Gaya bunga bahasanya juga aku suka :D

Tamat filem, kami ke Uptown untuk seisi Lanun dan barli suam. Terima kasih Waney J

Tiada ulasan: