Selasa, 15 Mac 2011

Minyak Dua Puluh, Cinema Nombor Empat...

Pagi hari ini kerja macam semalam. Pagi hari ini Cyberjaya sejuk bergenrekan melankoli pop. Sebab itulah aku...

Tiga puluh minit sebelum jam lapan pagi kereta aku singgah stesen minyak untuk isi minyak kereta. Petronas di lokasi yang rahsia tapi tak jauh dari rumah. Batang signal kereta di tolak ke atas tanda membelok ke kiri. Lalu berhenti kereta di pam minyak. Depan ada Estima putih dengan pemandunya adalah makcik. Lihat dari gaya baru selesai menghantar anak ke sekolah.

Gegas aku ke kaunter minyak. Aku pandang belakang melihat nombor pam. Nombor empat!

Aku: kak, minyak dua puluh, cinema empat...

Kakak kaunter: ohhh *muka pelik dan senyum*

Aku terperasan sesuatu.

Aku: Eh, pam nombor empat lah!

Kakak itu senyum dia aku nampak tersimpul.

Kakak kaunter: Ok, minyak dua puluh, cinema nombor empat, selamat menonton!

Kakak itu senyum lagi.

Aku gerak laju-laju. Mangkuk!

Dan selepas sudah aku isi minyak, aku dapat merasa kakak kaunter itu sedang sakan gelak dengan kawan-kawan kaunter dia.

Kawan-kawan semua, pam minyak dan panggung wayang adalah dua yang berbeza jika ada yang sama pun hanyalah kecomelan kakak kaunter mereka.

1 ulasan:

Munzir CK berkata...

Hahaha. Comel ke dorg?